top of page

Kemasukan ke 

Universiti Awam melalui Saluran Terus

IIUM Academy logo.png
image.png

20

24

PENGAJIAN ASASI & DIPLOMA

Terbuka kepada calon dengan kelayakan berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • IGCSE

  • GCSE

  • GCE-O Level

  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Level 3)

  • Sijil Kolej Komuniti (SKK Level 3)

  • Sijil (Tahap 3 MQA)

Ditawarkan secara eksklusif melalui Saluran Terus

Selain permohonan melalui UPU, sebahagian universiti Awam juga kini membuka laluan kemasukan secara terus ke universiti berkenaan melalui saluran khas yang dikenali sebagai Saluran Terus/ Saluran Alternatif/ Ambilan Terus (Direct Intake). 

 

Saluran Terus yang ditawarkan oleh Universiti Awam ini bertujuan memberi alternatif lain khususnya kepada pelajar yang tidak mendapat program pilihan mereka berikutan persaingan sengit di UPU. Walau bagaimanapun, tempat yang diperuntukkan melalui Saluran Terus ini adalah sangat terhad khususnya bagi program-program popular tertakluk kepada mereka yang membuat permohonan dan memberi komitmen awal.

Peluang kemasukan melalui Saluran Terus ini adalah pelaburan yang berbaloi kerana pelajar akan mendapat peluang untuk mengikuti program yang mereka inginkan dengan prospek kerjaya yang diimpikan.

Pilihan kini di tangan anda!

image.png
  • Persediaan Alternatif atau “Backup Plan"
    Pelajar boleh membuat permohonan serentak di kedua-dua saluran permohonan iaitu UPU Online dan Saluran Terus. Ini kerana permohonan melalui "Saluran Terus" adalah melalui sistem universiti yang berasingan dan tidak memberi kesan kepada permohonan pelajar di UPU Online. Sekiranya pelajar tidak mendapat tawaran program pilihan di UPU Online, pelajar masih mempunyai harapan untuk program tersebut di Saluran Terus.

     

  • Peluang untuk Program Pilihan
    Pemohon tidak perlu bersaing untuk program dan universiti pilihan mereka seperti yang berlaku di UPU. Ini kerana terdapat sangat ramai pelajar yang memperoleh gred yang tinggi dalam SPM akan memohon program-program di UPU Online khususnya dalam bidang popular seperti Perubatan, Undang-undang, Kejuruteraan dan lain-lain.
     

  • Tiada Persaingan Merit
    Berbeza dengan permohonan di UPU Online. 
    Permohonan melalui Saluran Terus tidak memerlukan pengiraan mata merit pemohon sebagai prasyarat kemasukan. Pelajar hanya perlu memenuhi syarat kelayakan minimum program yang telah ditetapkan.

     

  • Peluang kepada Lain-lain Kelayakan yang tiada di UPU Online
    Membuka laluan untuk pemohon dengan kelayakan IGCSE/ GCSE dan GCE O-Level untuk memohon ke universiti awam.

     

  • Tawaran Terus daripada Universiti
    Pemohon akan menerima tawaran terus daripada universiti sekiranya memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan akan mengikuti program serta kemudahan yang sama seperti pelajar lain yang menerima tawaran melalui UPU Online.

     

  • Peluang Menyambung Pengajian
    Pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di universiti berkenaan sama seperti pelajar Saluran Perdana tanpa melalui permohonan dan persaingan merit di UPU Online (yuran bersubsidi kecuali Sarjana Muda Undang-undang UIAM).

Kelebihan Kemasukan melalui 

Saluran Terus

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai barisan pelajar yang telah memilih Saluran Terus ke universiti awam. Masa depan anda menanti!

umpsa111_edited.jpg

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH

  • Asasi Sains dan Teknologi

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma Kejuruteraan Kimia

  • Diploma Kejuruteraan Awam

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

  • Diploma dalam Sains Perindustrian

  • Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

  • Diploma Sains Komputer

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

ASASI
UIAM Kampus Gombak:
  • Asasi Undang-undang

  • Asasi Sains Kemanusiaan

  • Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan

UIAM Kampus Gambang:
  • Asasi Perubatan

  • Asasi Kejururawatan

  • Asasi Sains Kesihatan Bersekutu

  • Asasi Sains Hayat

  • Asasi Sains Fizikal

  • Asasi Kejuruteraan

  • Asasi Sains Komputer

  • Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar

  • Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam

  • Asasi Bahasa Arab

  • Asasi Bahasa Inggeris

  • Asasi Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa

  • Asasi Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa

  • Asasi Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa

iium231_edited.jpg
283740787_10158370675566927_3819521665446032348_n.jpeg

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • Asasi Sains Fizikal

  • Asasi Sains Hayat

  • Asasi Sains Sosial

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma Pendidikan Pengajian Islam

  • Diploma Pengurusan Harta Tanah

  • Diploma Pengurusan Teknologi

  • Diploma Perakaunan

  • Diploma Ukur Bahan

  • Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah

  • Diploma Seni Bina

  • Diploma Ukur Tanah

  • Diploma Sains Komputer

MOHON SEKARANG!

Khidmat sokongan permohonan PERCUMA
oleh Uni Assist

web icon_edited.png
Filling Out a Form

SEMAKAN KELAYAKAN

Sebelum meneruskan permohonan program, kami akan membuat semakan kelayakan anda untuk memastikan anda memenuhi syarat kemasukan minimum yang ditetapkan untuk program yang dipilih. Bagi pemohon yang tidak memenuhi syarat kemasukan program pilihan, kami akan mengesyorkan program lain bersesuaian dengan kelayakan anda. Pemohon hendaklah melengkapkan Borang Pra-Penilaian dengan maklumat yang betul dan memuat naik keputusan peperiksaan yang berkaitan.

BORANG PRA-PENILAIAN
image.png

SOALAN LAZIM

Semua yang anda perlu tahu berkenaan 

Saluran Terus

Klik untuk pilihan bahasa:

bottom of page