1. MINAT DAN KECENDERUNGAN PELAJAR
Kenal pasti dan tentukan bidang yang anda minati. Perkara utama ialah mencari sesuatu yang dekat di hati dan anda minat serta gembira untuk pelajari.
2. BIDANG YANG BERSESUAIAN
Kenal pasti bidang pengajian dan pilih program yang sesuai dengan minat anda.
3. PROSPEK KERJAYA
Terokai prospek kerjaya program yang dipilih. Semak Prospek Kerjaya program pilihan anda; dan Ambil Ujian Ringkas untuk mengetahui kerjaya terbaik berkaitan minat dan bakat anda.
4. PILIHAN IPT
Dapatkan maklumat yang tepat berkaitan IPT termasuk:
i. Jenis dan kriteria IPT
ii. Program yang ditawarkan dan status akreditasi program (MQA)
iii. Penarafan IPT oleh KPT yang merangkumi:
Sistem Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) Mengukur jaminan kualiti dan standard universiti dan kolej universiti di Malaysia berdasarkan autonomi, kualiti dan prestasi institusi.; dan
Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) -menilai tahap kualiti Kolej Swasta di Malaysia
5. SUMBER KEWANGAN
Dapatkan maklumat lengkap berkaitan:
keseluruhan kos pengajian meliputi Yuran Pendaftaran, Pengajian, Penginapan serta kos sara diri.
Sumber pembiayaan termasuk biasiswa, penajaan, pinjaman, bantuan serta pengeluaran simpanan KWSP dsb
Comments