Kejayaan mendapat tempat ke IPTA adalah bergantung kepada markah merit, memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian, perakuan temu duga dan/atau ujian bagi yang memerlukan syarat berkenaan, kekosongan tempat dan keutamaan pilihan.

Pencapaian Gred Minimum
Bagi tujuan kemasukan ke universiti awam, semua universiti menetapkan syarat kemasukan yang dikategorikan sebagai Syarat Am dan Syarat Khas.
Bagi program Asasi dan Diploma, Syarat Am yang ditetapkan universiti awam dan Politeknik adalah pemohon perlu memperoleh minimum Kepujian (Gred C) bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan serta Lulus Sejarah. Kebanyakan universiti awam juga meletakkan Syarat Khas sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) bagi mata pelajaran Matematik khususnya bagi permohonan program-program aliran sains. Sehubungan itu adalah amat penting untuk para pelajar memberi fokus dan memastikan Mata Pelajaran ini mencapai gred minimum yang diperlukan mengikut bidang pengajian yang dipilih.
Bilangan Mata Pelajaran SPM
Secara amnya, berdasarkan keperluan MQA, syarat minimum untuk memohon program pengajian adalah seperti berikut:

Kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak, tanpa mengira kaum, agama, jantina, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.
Prinsip meritokrasi tersebut adalah berasaskan pencapaian akademik (90%) dan pencapaian kokurikulum (10%).
Sehubungan itu, pelajar dinasihatkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 8 Mata Pelajaran (MP) dalam peperiksaan SPM (4 MP Universal, 2 MP Elektif dan 2 lain2 MP terbaik) bagi meningkatkan peluang apabila memohon ke IPT khususnya melalui UPUOnline. Ini kerana selain syarat minimum tersebut, para pelajar perlu bersaing dari segi pengiraan merit yang memerlukan pencapaian gred yang baik untuk dipilih mengikut keperluan program khususnya program-program dalam bidang popular.
Comments