Program Asasi adalah program pra-universiti yang ditawarkan oleh sebahagian universiti bagi mempersiapkan para pelajar untuk melayakkan diri melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya di universiti yang sama atau ke lain-lain IPTA. Program Asasi merupakan laluan akademik paling cepat untuk ke program Sarjana Muda.
Tempoh Pengajian: 1 Tahun
Jam kredit minimum: 50 kredit
Kelayakan Minimum SPM: 5 Kepujian (tertakluk kepada keperluan program)
Permohonan: Portal UPUOnline: https://upu.mohe.gov.my atau melalui Saluran Terus
LALUAN KE SARJANA MUDA
Tempoh pengajian laluan Asasi ke Sarjana Muda adalah paling pantas berbanding STPM/ Diploma. Perbandingan adalah seperti berikut:
KATEGORI PROGRAM ASASI
Secara amnya, program Asasi terbahagi kepada pengkhususan pengajian utama seperti berikut:
ASASI SAINS
1. Sains Hayat (Sains Tulen)
Laluan ke Sarjana Muda:
Perubatan
Pergigian
Farmasi
Kejururawatan
Pengimejan Perubatan
Optometri
Fisioterapi
dan bidang lain yang berkaitan
2. Sains Fizikal
Laluan ke Sarjana Muda:
Kejuruteraan
Alam Bina
Ukur Bahan
Sains Komputer & Teknologi Maklumat
Sains Aktuari
dan bidang lain berkaitan
ASASI SASTERA/ KEMANUSIAAN
1. Perniagaan
Laluan ke Sarjana Muda:
Perakaunan
Ekonomi
Perniagaan & Pentadbiran
Keusahawanan
Insurans & Pengurusan Risiko
Kewangan
Pemasaran
Perbankan
Perdagangan,
Pelaburan
dan bidang lain yang berkaitan
2. Kemanusiaan
Laluan ke Sarjana Muda:
Pendidikan,
Persembahan Iklan
Seni Halus
Undang-undang
Psikologi
Sosiologi
Antropologi
Falsafah
Kaunseling
Sains Politik
Komunikasi Massa
Kajian Media
dan bidang lain yang berkaitan
ASASI TVET
Program TVET Berciri Advanced TVET In Higher Education
Program Asasi TVET memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Sebagai permulaan, LIMA (5) buah politeknik menjadi perintis bagi pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024.
Pembangunan kurikulum Program Asasi TVET direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.
Laluan ke Sarjana Muda khususnya dalam bidang Teknologi Kejuruteraan. Tiga (3) perkhususan bidang pengajian adalah:
i) Teknologi Kejuruteraan Awam
ii) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
iii) Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
ASASI TERBUKA VS ASASI TERTUTUP
Untuk pengetahuan semua, program Asasi ini juga dikategorikan sebagai terbuka dan sebahagiannya adalah tertutup. Jadi apa yang dimaksudkan Asasi Terbuka dan Asasi Tertutup?
ASASI TERBUKA
Kategori Asasi Terbuka adalah di mana lepasan Asasi ini layak memohon serta diterima untuk kemasukan ke Sarjana Muda di mana-mana Universiti Awam khususnya melalui permohonan di UPU atau secara terus ke universiti berkenaan.
Walau bagaimanapun, di UPU Online hanya Asasi daripada sebahagian universiti awam sahaja diberi laluan khas melalui kategori permohonan yang ditetapkan seperti berikut:
KATEGORI N, P, U, L, K, J, M, V
Pelajar Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ ASASIpintar UKM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut :
Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIpintar UKM dan Asasi UiTM.
Kategori P : Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
Kategori U : Aliran Undang-Undang (KPM) Calon Asasi UiTM.
Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
Kategori J : Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM.
Kategori M : Aliran Sains Sosial Calon Asasi Sains UM.
Kategori V : Aliran TVET Politeknik.
ASASI TERTUTUP
Asasi Tertutup merupakan program perintis yang ditawarkan oleh IPT bagi tujuan kemasukan iaitu "feeder" bagi program sarjana Muda di IPT yang sama.
Program Asasi yang ditawarkan oleh universiti awam selain daripada kategori N, P, U, L, K, J, M, V di atas kategorikan sebagai Asasi Tertutup kerana ianya ditawarkan sebagai laluan (feeder) ke program Sarjana Muda universiti tersebut.
Walau bagaimanapun, Asasi Tertutup ini boleh dikategorikan kepada 2 iaitu "Closed Feeder" dan "Open Feeder"
Asasi Tertutup kategori "Closed Feeder"
Asasi kategori ini termasuklah Asasi Pengajian Islam UM, Asasi Pengajian Islam dan Sains UM, UMK, UIAM, UMS, UNIMAS, UPM, UPNM, UUM, UniSZA, UMT, dan Tamhidi USIM di mana lepasan Asasi ini hanya boleh menyambung pengajian Sarjana Muda di universiti yang berkenaan sahaja dan tidak boleh ke universiti awam lain.
Asasi Tertutup kategori "Open Feeder"
Selain daripada program Asasi Tertutup yang dinyatakan di atas, terdapat juga program asasi di bawah kategori "open feeder" di mana selain daripada universiti yang menawarkan asasi tersebut, lepasan asasi juga berpeluang memohon program sarjana muda di universiti awam lain sama ada melalaui Saluran Terus ataupun melalui UPU Online di bawah Kategori F8. Antara program asasi di bawah kategori ini adalah seperti ditawarkan oleh UTM melalui UTMSPACE.
SENARAI PROGRAM ASASI YANG DITAWARKAN UNIVERSITI AWAM DI UPU ONLINE
BIL. | IPTA | KOD PROGRAM | NAMA PROGRAM PENGAJIAN |
1 | UM | UM0221002 | ASASI PENGAJIAN ISLAM |
2 | UM | UM0221001 | ASASI PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS |
3 | UM | UM0440001 | ASASI SAINS FIZIKAL |
4 | UM | UM0421001 | ASASI SAINS HAYAT |
5 | UM | UM0010001 | ASASI SAINS SOSIAL |
6 | UKM | UK0010001 | ASASIPINTAR |
7 | UPM | UP0000001 | ASASI SAINS PERTANIAN |
8 | UIAM | UY0000015 | ASASI BAHASA ARAB |
9 | UIAM | UY0000001 | ASASI BAHASA ARAB UNTUK KOMUNIKASI ANTARABANGSA |
10 | UIAM | UY0000016 | ASASI BAHASA INGGERIS |
11 | UIAM | UY0000014 | ASASI BAHASA INGGERIS UNTUK KOMUNIKASI ANTARABANGSA |
12 | UIAM | UY0000012 | ASASI BAHASA MELAYU UNTUK KOMUNIKASI ANTARABANGSA |
13 | UIAM | UY0000011 | ASASI EKONOMI & SAINS PENGURUSAN |
14 | UIAM | UY0000005 | ASASI FARMASI |
15 | UIAM | UY0000006 | ASASI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU DAN WARISAN ISLAM |
16 | UIAM | UY0000004 | ASASI KEJURURAWATAN |
17 | UIAM | UY0000008 | ASASI KEJURUTERAAN DAN SAINS KOMPUTER |
18 | UIAM | UY0000010 | ASASI PERANCANGAN PELANCONGAN DAN PENGURUSAN HOSPITALITI |
19 | UIAM | UY0000019 | ASASI PERGIGIAN |
20 | UIAM | UY0000018 | ASASI PERUBATAN |
21 | UIAM | UY0000002 | ASASI SAINS FIZIKAL |
22 | UIAM | UY0000013 | ASASI SAINS HAYAT |
23 | UIAM | UY0000017 | ASASI SAINS KEMANUSIAAN |
24 | UIAM | UY0000003 | ASASI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU |
25 | UIAM | UY0000009 | ASASI SENI BINA DAN REKA BENTUK ALAM SEKITAR |
26 | UIAM | UY0000007 | ASASI UNDANG-UNDANG |
27 | UITM | UE0520001 | ASASI KEJURUTERAAN |
28 | UITM | UE0545001 | ASASI SAINS |
29 | UITM | UE0222001 | ASASI TESL # |
30 | UITM | UE0380001 | ASASI UNDANG-UNDANG (KPM) |
31 | UITM | UE0380002 | ASASI UNDANG-UNDANG (UITM) |
32 | UUM | UU0345001 | PROGRAM ASASI PENGURUSAN |
33 | USIM | UQ0340001 | TAMHIDI PERAKAUNAN DAN MUAMALAT |
34 | USIM | UQ0421001 | TAMHIDI PERUBATAN, PERGIGIAN DAN SAINS |
35 | USIM | UQ0440005 | TAMHIDI SAINS FIZIKAL DAN TEKNOLOGI |
36 | USIM | UQ0381001 | TAMHIDI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG |
37 | UMK | UL0010001 | ASASI SAINS |
38 | UMS | UH0010001 | ASASI SAINS |
39 | UMS | UH0010002 | ASASI TEKNOLOGI MAKLUMAT |
40 | UMT | UG0010001 | ASASI STEM |
41 | UNIMAS | UW0010002 | ASASI SAINS FIZIKAL |
42 | UNIMAS | UW0010001 | ASASI SAINS HAYAT |
43 | UNISZA | UD0010001 | ASASI SAINS DAN PERUBATAN |
44 | UPNM | UZ0520001 | ASASI KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI # |
45 | UPNM | UZ0345001 | ASASI PENGURUSAN DAN STRATEGI # |
46 | UPNM | UZ0721001 | ASASI PERUBATAN # |
47 | POLITEKNIK | FB0500001 | ASASI TVET |
Nota: Program Asasi di UM, UiTM, UIAM, UMS dan UNIMAS hanya terbuka kepada calon keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja
PENAWARAN ASASI MELALUI SALURAN TERUS
Selain penawaran program melalui UPU Online, sebahagian universiti awam juga turut menawarkan program Asasi melalui Saluran Terus iaitu permohonan terus ke universiti yang berkenaan. Program Asasi yang ditawarkan melalui Saluran Terus ini terbuka kepada semua pemohon warganegara Malaysia serta pelajar antarabangsa.
Antara universiti dan program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
Asasi Sains Fizikal
Asasi Sains Hayat
Asasi Sains Sosial
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
Asasi Undang-undang
Asasi Sains Kemanusiaan
Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan
Asasi Bahasa Inggeris
Asasi Perubatan
Asasi Kejururawatan
Asasi Sains Kesihatan Bersekutu
Asasi Sains Biologi
Asasi Sains Fizikal
Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer
Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar
Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
Asasi Bahasa Arab
Asasi Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa
Asasi Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa
Asasi Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)
Asasi Sains dan Teknologi
*Info lanjut berkenaan Saluran Terus ini boleh baca di sini.
Comentarios