top of page

SCHOLARSHIP- Biasiswa MARA 2024 (YTP/ TESP/ STEP)

Updated: 5 days ago




Pembiayaan Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA)


MARA menyediakan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang dikhususkan kepada para pelajar Bumiputera yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian bermula peringkat persediaan (Asasi/ Matrikulasi) hingga ke peringkat Ijazah Tinggi.



Terdapat 2 jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh MARA seperti berikut:

BIL.

PEMBIAYAAN

KATEGORI PEMOHON

PERINGKAT PENGAJIAN

1.

Lepasan SPM setaraf

Asasi/ Matrikulasi hingga Sarjana Muda

2.

Lepasan STPM setaraf

Sarjana Muda

3.

Lepasan STPM/STAM dan Diploma

Sarjana Muda


Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah?

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.


Kadar Pengurangan Pinjaman MARA berdasarkan CGPA*

◾3.5 - 4.0   - Bayaran balik 1o% daripada jumlah pinjaman

◾3.0 - 3.49 - Bayaran balik 15% daripada jumlah pinjaman

◾2.0 - 2.99 - Bayaran balik 20% daripada jumlah pinjaman

*Tertakluk kepada perubahan




 

TAWARAN BIASISWA (PINJAMAN PELAJARAN) MARA


Biasiswa MARA 2024:


PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA

YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP)


 -Untuk Lepasan SPM


Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran

berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2023 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.


Proses Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA.



Pembukaan Permohonan

Permohonan kebiasaannya akan mula dibuka selama 15 hari bermula hari pengumuman keputusan SPM pada setiap tahun.


Syarat umum untuk memohon

Syarat – syarat umum permohonan Program YTP seperti di bawah:

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus warganegara Malaysia

  • bumiputera.

  • Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 buat kali pertama.

  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.


Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- laluan dalam negara dan

Tujuh (7) A- laluan luar negara bagi keputusan peperiksaan SPM 2023.

Perincian syarat kelayakan penawaran Program YTP boleh dirujuk dalam senarai kursus dan syarat kelayakan program semasa permohonan dibuka.


Info lanjut: YTP MARA 2024



======================================================


Biasiswa MARA 2024- TESP MARA

Biasiswa MARA 2024:

PROGRAM PENAJAAN PENGAJIAN TERTIARI

TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME

-Untuk Lepasan STPM setaraf


Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama (Sarjana Muda) dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan 2024. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.


Proses Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melaui Portal MARA, http://www.mara.gov.my. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohonan TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan.


Pembukaan Permohonan

Permohonan dibuka 2 kali setahun. Permohonan pertama untuk tahun 2024 telah mula dibuka mulai 20 Mac 2024 hingga 1 April 2024 manakala permohonan kedua kebiasaanya akan dibuka bermula bulan September.


Syarat-syarat umum kelayakan permohonan

Syarat kelayakan Program ini boleh dirujuk dalam garis panduan permohonan yang diletakkan di Portal MARA, seperti berikut:

  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia.

  • Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.

  • Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan. Pengecualian syarat SES bagi pengajian dalam bidang Perubatan dan Pergigian sahaja

  • Ibu, bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

  • Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.

  • Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.


Syarat Kelayakan Akademik

  • Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM / Diploma dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2024.

  • Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.

  • Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan.



======================================================


Biasiswa MARA 2024:

Biasiswa MARA 2024- YTP MARA

PROGRAM KECEMERLANGAN STPM/STAM

STPM/ STAM EXCELLENCE PROGRAMME (STEP)


-Untuk Lepasan STPM/STAM dan Diploma


STPM/ STAM Excellence Programme adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan STPM/ STAM dan Diploma bagi menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam negara.


Proses Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA


Pembukaan Permohonan

Permohonan kebiasaannya akan mula dibuka selama 15 hari bermula hari pengumuman keputusan SPM pada setiap tahun.


Syarat umum untuk memohon

Syarat – syarat umum permohonan Program STEP seperti di bawah:

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.

  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah minimum 17 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

  • Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.

  • Memenuhi syarat kelayakan Status Sosioekonomi (SES) keluarga seperti berikut:


  • Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.

  • Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).

  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.

  • Pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1).

  • Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.

  • Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang- undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pendidikan atas masalah akademik/disiplin.

Syarat Khusus

  • Permohonan dibuka kepada pelajar baharu atau pelajar sedia ada di Institusi Pendidikan MARA (IPMA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Government Link University (GLU) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) laluan alternatif.

  • Permohonan di IPTA laluan perdana dibuka kepada pelajar sedia ada sahaja. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet.

  • Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut :-

Pelajar Baharu :-


Pelajar Sedia Ada :-


Syarat Akademik Lain :-


  • Pemohon sedang mengikuti pengajian di IPT TIDAK termasuk yang sedang menangguh pengajian atau digantung pengajian atas pelbagai sebab.

  • Pemohon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di IPT TIDAK termasuk program pengajian secara separuh masa, jarak jauh dan dalam talian.

  • Kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian, farmasi lain mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional berkaitan.

  • Kursus yang diikuti telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau mendapat pengiktirafan Badan- Badan Profesional yang berkaitan seperti Majlis Peguam, Malaysian Medical Council (MMC), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Board of Engineers Malaysia (BEM) dan sebagainya.

  • Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama dengan permohonan ini TIDAK akan dipertimbangkan.


Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- laluan dalam negara dan

Tujuh (7) A- laluan luar negara bagi keputusan peperiksaan SPM 2023.

Perincian syarat kelayakan penawaran Program YTP boleh dirujuk dalam senarai kursus dan syarat kelayakan program semasa permohonan dibuka.





Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Education Sponsorship Division

Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA

21, Jalan MARA

50609 Kuala Lumpur

MARA Hotline : 03-2613 2000

Division Tel. no. : 03-2613 2034 / 03-2613 2043 / 03-2613 2103 / 03-2613 2070 / 03-2613 2117 / 03-2613 2050 / 03-2613 2058 / 03-2613 2102


FB Uni Assist







 <<<------------------------------------------------------------------------------------------>>>


Bacaan berkaitan:

41,237 views

Comments


bottom of page