top of page

BIASISWA & BANTUAN PENDIDIKAN 2024

Updated: 3 days ago

Biasiswa 2024

Kos melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi sebahagian daripada kita kadangkala di luar kemampuan dan memerlukan pembiayaan, dan pilihan pembiayaan utama bagi kebanyakan pelajar Malaysia adalah melalui PTPTN.

Selain itu, pelajar atau ibu bapa yang mempunyai akaun simpanan KWSP boleh memohon untuk menggunakan sebahagian daripada simpanan mereka bagi tujuan membiayai pendidikan sendiri, pasangan dan anak-anak.


Bagi tujuan pembiayaan ini, berikut disediakan info dan sumber-sumber pembiayaan yang utama untuk pengajian di IPT yang secara amnya dikategorikan seperti berikut:


Bil.

SUMBER PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

JENIS PEMBIAYAAN

PROGRAM LAYAK

1

Pinjaman Pendidikan

Diploma

Sarjana Muda

Sarjana

Doktor Falsafah


2

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PBU)

Asasi

Diploma

Sarjana Muda


3

Pengeluaran Simpanan Akaun 2 KWSP

Sijil (Tahap 3)

Diploma

Sarjana Muda

Sarjana

Doktor Falsafah


4

Biasiswa/ Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Sarjana Muda

5

Biasiswa/ Dermasiswa/ Pinjaman Pelajaran/ Bantuan Pendaftaran/ Bantuan One-Off

 

Sijil (Tahap 3)

Diploma

Sarjana Muda


6

Pinjaman Pendidikan



Untuk maklumat lanjut berkaitan lain-lain sumber pembiayaan pengajian, sila layari laman berikut: https://www.uniassist.my/funding-scholarships



==================================================


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


ptptn

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai semua atau sebahagian daripada yuran pengajian dan juga perbelanjaan sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN dibuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan.


Syarat permohonan

Syarat-syarat untuk memohon pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:


  • Warganegara Malaysia berumur 45 tahun dan ke bawah pada tarikh permohonan;

  • Menerima tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik

  • Kursus yang anda ikuti hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN serta mendapat akreditasi MQA

  • Baki tempoh pengajian anda mestilah tidak kurang daripada satu tahun

  • Anda tidak mempunyai penaja lain

  • Anda mesti mempunyai akaun simpanan SSPN Prime/SSPN-i sebelum menghantar permohonan anda


Pinjaman Pendidikan Yang Ditawarkan




Kadar Pembiayaan


Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari pautan berikut:




Majlis Amanah Rakyat (MARA)



biasiswa YTP TESP MARA 2024

MARA menyediakan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang dikhususkan kepada para pelajar Bumiputera yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian bermula peringkat persediaan (Asasi/ Matrikulasi) hingga ke peringkat Ijazah Tinggi.




Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah?

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.


Kadar Pengurangan Pinjaman MARA berdasarkan CGPA*

◾3.5 - 4.0   - Bayaran balik 15% dari jumlah pinjaman

◾3.0 - 3.49 - Bayaran balik 20% dari jumlah pinjaman

◾2.5 - 2.99 - Bayaran balik 25% dari jumlah pinjaman

◾2.0 - 2.49 - Bayaran balik 30% dari jumlah pinjaman

*Tertakluk kepada perubahan



TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN MARA


1.     PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA

YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP)

-Untuk Lepasan SPM


Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran

berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2023 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.


Proses Permohonan

Permohonan YTP 2024 boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA .


Pembukaan Permohonan

Permohonan kebiasaannya akan mula dibuka selama 15 hari bermula pada awal bulan Jun setiap tahun.


Syarat umum untuk memohon

Syarat – syarat umum permohonan Program YTP seperti di bawah:

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus warganegara Malaysia

  • bumiputera.

  • Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 buat kali pertama.

  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.


Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- laluan dalam negara dan

Tujuh (7) A- laluan luar negara bagi keputusan peperiksaan SPM 2023.

Perincian syarat kelayakan penawaran Program YTP boleh dirujuk dalam senarai kursus dan syarat kelayakan program semasa permohonan dibuka.





2.     PROGRAM PENAJAAN PENGAJIAN TERTIARI

TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME

-Untuk Lepasan STPM setaraf


Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama (Sarjana Muda) dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan 2024. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.


Proses Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melaui Portal MARA, http://www.mara.gov.my. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohonan TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan.


Pembukaan Permohonan

Permohonan kebiasaannya akan mula dibuka mulai bulan September setiap tahun.


Syarat-syarat umum kelayakan permohonan

Syarat kelayakan Program ini boleh dirujuk dalam garis panduan permohonan yang diletakkan di Portal MARA, seperti berikut:

  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia.

  • Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.

  • Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan. Pengecualian syarat SES bagi pengajian dalam bidang Perubatan dan Pergigian sahaja

  • Ibu, bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

  • Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.

  • Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.


Syarat Kelayakan Akademik

  • Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM / Diploma dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2022.

  • Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.

  • Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan.

 


 <<<------------------------------------------------------------------------------------------>>>


 

Pengeluaran Pendidikan KWSP


epf kwsp

Bagi ibu bapa yang mempunyai simpanan KWSP, skim pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP mengeluarkan daripada Akaun 2 KWSP mereka untuk membiayai yuran pengajian untuk anak-anak atau untuk diri sendiri abgi tujuan melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara. Info lanjut di https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-pendidikan


<<<------------------------------------------------------------------------------------------>>>


Yayasan Bank Rakyat


PPBU Bank Rakyat

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

BOLEH UBAH (PPBU)



PPBU ditawarkan kepada peringkat pengajian tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda kepada warganegara Malaysia yang layak. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

 


PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

 

 

Bidang Pengajian Yang Diberi Keutamaan

Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  • Perakaunan

  • Perbankan

  • Pengurusan Perniagaan

  • Sumber Manusia

  • Ekonomi

  • Komunikasi Media

  • Undang-Undang

  • Sains Aktuari

 

 

Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia.

  1. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.

  2. TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.

  3. Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.

  4. Pemohon mesti memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.

  5. KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR KELUARGA B40.

 

 

Jumlah Tajaan

Jumlah tajaan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:- Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM12,000/ 1 tahun

 

 

Peratusan Bayaran Balik

CGPA

PERATUS BAYARAN BALIK (%)

INSENTIF (%)

3.50-4.00

0

100

3.33-3.49

10

90

3.00-3.32

20

80

2.75-2.99

50

50

2.50-2.74

70

30

<2.49

100

0

 

Proses Permohonan

Semua permohonan dan penyerahan dokumen sokongan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal Yayasan Bank Rakyat  http://application.yayasanbankrakyat.com.my/

 

<<<------------------------------------------------------------------------------------------>>> 



Klik di sini untuk info terkini:





8,613 views

Comments


bottom of page