top of page
Writer's pictureMohd Fairus Abu Hanifah

HALATUJU SELEPAS SPM: IKUTLAH DI MANA MINAT ANDA... ANDA PASTI TIDAK AKAN SILAP


Halatuju Selepas SPM

Pagi ini, sambil memandu saya mendengar luahan pendengar di siaran radio (kredit Suria FM). Tajuk pagi ini... “Apakah keputusan SPM anda dan di manakah anda sekarang?”

 

Kata seorang pendengar...

 

Saya dulu SPM keputusan tidaklah berapa cemerlang.. tapi alhamdulillah dapat juga 2A

Dan selepas itu dapat tawaran belajar bidang accounting..

 

Tapi saya sebenarnya minat melukis..

Jadi selepas masuk belajar accounting saya akhirnya berjumpa dekan untuk minta tukar program architecture..

Dekan bagitau kalau peperiksaan semester saya boleh capai lebih CGPA 2.0, beliau akan beri pertimbangan.

Alhamdulillah..peperiksaan semester tu saya capai 2.9 dan dapat tukar ke program architecture

Dan saya akhirnya graduate bidang architecture dengan CGPA 3.95..

Sekarang dah bekerja dan bergelar Arkitek.

 

 

 

Pengajarannya...

 

Saya berfikir2..kalaulah pendengar ni teruskan pengajiannya dalam bidang accounting

  1. kemungkinan juga keputusan CGPAnya tak secemerlang dalam bidang architecture... kerana minat beliau melukis.

  2. beliau mungkin sekarang bekerja dalam bidang perakaunan yang beliau tidak minat dan akan menyebabkan perkembangan kerjaya yang perlahan.

 

 

 

IKUTLAH DI MANA MINAT ANDA... ANDA PASTI TIDAK AKAN SILAP

 

Untuk semua pelajar yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan utama seperti SPM, mulakanlah perancangan masa depan anda dengan lebih awal. Kenal pasti minat dan kebolehan anda, kemudian jadikan ia panduan untuk menentukan halatuju pendidikan dan kerjaya.


Langkah-Langkah untuk Merancang Halatuju Selepas SPM:

1.     Kenali Minat dan Potensi Diri:

  • Tanyakan pada diri sendiri, apa yang anda suka lakukan? Subjek apa yang paling anda minati?

  • Kaji kelebihan dan kekuatan anda dalam bidang tertentu.


2.     Dapatkan Maklumat Mengenai Laluan Pendidikan:

  • Fahami pilihan laluan selepas SPM seperti matrikulasi, diploma, asasi, STPM, dan kursus kemahiran.

  • Lawati pameran pendidikan atau seminar seperti STeP2025 untuk mendapatkan pandangan mendalam.


3.     Tentukan Matlamat Kerjaya:

  • Bayangkan kerjaya yang anda impikan.

  • Kaji bidang pengajian yang boleh membawa anda ke kerjaya tersebut.


4.     Berbincang dengan Guru dan Ibu Bapa:

  • Guru kaunseling dan ibu bapa boleh membantu anda membuat keputusan berdasarkan pengalaman mereka.


5.     Bersedia dari Sekarang:

  • Tetapkan sasaran akademik yang realistik.

  • Fokus pada penguasaan subjek yang berkaitan dengan bidang pilihan anda.


Ingatlah, perancangan awal akan membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak dan memastikan anda berada di landasan yang betul untuk masa depan yang cerah. ✨


Jika memerlukan sokongan tambahan, seminar atau program seperti STeP2025 boleh memberikan panduan menyeluruh untuk melangkah ke pengajian tinggi.



Buat calon SPM 2024 semua, semoga anda berjaya menempuhi SPM dengan kejayaan cemerlang!

 

16 views

Comments


bottom of page