top of page

JOM MASUK U 2024: Dapatkan pelbagai info universiti, program & pembiayaan untuk Pengajian IPT


Jom Masuk U 2024

Khusus buat lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM dan Diploma/Setaraf serta para ibu bapa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Program Jom Masuk U 2024 (JMU2024) bermula 4 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024 di sepuluh(10) zon seluruh negara.


Jom Masuk U 2024

Menurut Siaran Media KPT, penganjuran JOM MASUK U 2024 ini bertujuan untuk mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi di bawah KPT yang merangkumi Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta penglibatan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).


Majlis Perasmian JOM MASUK U 2024 akan dilaksanakan di UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar manakala Majlis Penutupan JOM MASUK U 2024 pula akan diadakan di UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.


Sepanjang program JOM MASUK U 2024, calon-calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf turut boleh memohon dan mengemaskini permohonan UPU yang dibuka pada permohonan Fasa 2 mulai 29 April 2024 (12.00 tengah hari) hingga 09 Jun 2024 (5.00 petang).



Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang JOM MASUK U 2024 berlangsung antaranya pameran, sesi konsultasi UPUOnline®, konsultasi penajaan/ biasiswa/ pinjaman dan bantuan kewangan pendidikan tinggi, terjah booth IPTA, cabutan bertuah, campus tour, persembahan pelajar, aktiviti bersama alumni dan banyak lagi.



Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk datang ke lokasi yang terdekat untuk dapatkan info terus daripada IPT dan agensi-agensi berkaitan.


Sumber: Siaran Media BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA, KPT

559 views

留言


bottom of page