top of page

Panduan Fasa 2 UPU Online dan Fasa Kemaskini

Updated: May 9


Fasa 2 UPUOnline dan Fasa Kemaskini


Permohonan UPU Online Fasa 1 yang dibuka pada 29 Februari 2024 telah pun ditutup pada 31 Mac 2024. Sebagaimana yang kita tahu terdapat 2 lagi Fasa di UPU Online iaitu Fasa 2 dan Fasa Kemaskini. Apa yang boleh dibuat oleh pelajar pada fasa-fasa berikut ini?




FASA 2 UPU Online

Tarikh Buka: 29 April 2024

Tarikh Tutup: 9 Jun 2024












SENARIO 1:

PELAJAR YANG BELUM MEMBUAT PERMOHONAN SEMASA FASA 1

Pada Fasa 2 ini, para pelajar lepasan SPM/ STPM setaraf yang tidak sempat atau terlepas tarikh untuk permohonan di Fasa 1 boleh mengemukakan permohonan. Walau bagaimanapun, program yang boleh dipohon hanyalah program tanpa temuduga/ ujian sahaja. Ini kerana sesi temuduga/ ujian bagi program-program tersebut yang dibuka semasa Fasa 1 akan dikendalikan pada bulan Mei.


Pada Fasa 2 ini pelajar belum membuat permohonan masih boleh membuat permohonan sama seperti proses di Fasa 1.


Proses permohonan:


  1. Pembelian Pin BSN Bagi tujuan permohonan, pemohon belum membuat pembelian Pin BSN boleh membuat pembelian sama ada di kaunter BSN atau secara dalam talian (bagi yang memiliki akaun BSN)

  2. Memulakan Permohonan • Layari portal rasmi UPU Online di https://upu.mohe.gov.my. Jika anda adalah pengguna baru, klik pada ‘Daftar Akaun Baru’. • Selepas mendaftar akaun baru dan klik “Daftar”, tekan butang “Kembali”. • Masukkan semula maklumat Kad Pengenalan, Kata Laluan dan Kategori Pemohon sama ada SPM atau STPM/Setaraf. Kllik “Log Masuk”.

  3. Dashboard UPUOnline • Untuk memulakan permohonan, klik menu “Permohonan di sebelah kiri Dashboard. • Masukkan semula maklumat Kad Pengenalan dan pilih Kategori Pemohon.

  4. Syarat Kelayakan Semak syarat kelayakan (Syarat Am, Syarat Khas dan Purata Merit) untuk program yang anda minat. Anda boleh merujuk kepada e-panduan di portal UPU atau di Aplikasi UPUPocket.

  5. Pemilihan Program Anda akan diberi pilihan untuk memilih program pengajian berdasarkan bidang yang anda minat. Pastikan anda memilih mengikut bidang keutamaan serta memenuhi syarat kelayakan. Selepas keputusan sebenar SPM/ STPM diumumkan (dijangka pada penghujung bulan Mei/ awal Jun), sistem akan membuat padanan keputusan peperiksaan sebenar dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia/ Majlis Peperiksaan Malaysia dan seterusnya menyenaraikan program-program yang layak sahaja secara automatik. Pelajar perlu mengemaskini semula senarai program mengikut kelayakan.

  6. Pengesahan Lengkapkan permohonan dan klik pada ‘Simpan’.

  7. Cetak Slip Setelah selesai, cetak slip permohonan sebagai bukti dan rekod permohonan telah dibuat.



SENARIO 2:

PELAJAR YANG TELAH MEMBUAT PERMOHONAN SEMASA FASA 1


Bagi pelajar yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1, anda boleh membuat pindaan khususnya pilihan program (kecuali program bertemuduga/ ujian) serta maklumat peribadi sekiranya terdapat perubahan.




FASA KEMASKINI

Kategori SPM setaraf (tahun semasa): Minggu ke-2 Jun 2024

Kategori STPM setaraf (tahun semasa): Minggu ke-4 Julai 2024


Bagi Kategori pemohon lepasan SPM/ STPM (tahun semasa), pada Fasa Kemaskini iaitu selepas keputusan sebenar SPM/ STPM diumumkan (keputusan SPM pada 27 Mei 2024), sistem akan membuat padanan keputusan peperiksaan sebenar dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia/ Majlis Peperiksaan Malaysia/ KPM/ Pusat Asasi dan seterusnya menyenaraikan program-program yang layak sahaja secara automatik. Pelajar seterusnya perlu mengemaskini semula senarai program pilihan mengikut kelayakan dan merit yang sesuai.


Pada Fasa terakhir ini, pelajar perlu lebih berhati-hati apabila menyenaraikan semula program pilihan berdasarkan syarat kelayakan dan merit program. Jangan pilih program yang sememangnya pelajar tidak minat semata-mata ingin memenuhkan senarai 12 pilihan tersebut. Ini kerana jika pelajar ditawarkan program yang tidak diminati tersebut kelak, maka anda tidak lagi berpeluang untuk membuat rayuan bagi program-program yang betul-betul diminati. HANYA PELAJAR YANG TIDAK MENDAPAT TAWARAN SAHAJA BOLEH MEMBUAT RAYUAN.


Berdasarkan pengalaman, sebahagian pelajar berjaya ditawarkan program pilihan apabila membuat rayuan. Ini kerana terdapat kekosongan tempat apabila ada pelajar yang menolak program tersebut. Jadi, pada peringkat terakhir ini, pilihlah program dengan teliti setelah berbincang dengan ibu bapa.


Fasa 2 UPUOnline SPM setaraf

Fasa 2 UPUOnline STPM setaraf


Muat Naik Dokumen

Pada Fasa 2 dan Fasa Kemaskini ini juga, pelajar kategori lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma setaraf (bukan tahun semasa) boleh memuat naik dokumen yang diperlukan khususnya Transkrip Akhir (penuh) serta keputusan MUET sekiranya tidak dimuat naik semasa Fasa 1. Tempoh akhir untuk memuat naik dokumen-dokumen ini sekiranya masih tiada di Fasa 2 adalah semasa Fasa Kemaskini yang akan dibuka selama 1 minggu selepas Fasa 2 ditutup.



Semoga info ini bermanfaat dan membantu pelajar-pelajar / ibu bapa semua dalam proses permohonan di UPU Online.


Info lain berkaitan Permohonan UPU Online:

7,039 views

1 Comment


Guest
Jul 30

Macam mana nak muat naik keputusan MUET tu ye?

Like
bottom of page