![Pin BSN](https://static.wixstatic.com/media/314c9c_e23c7e974ff34bb58907737cc4504825~mv2.png/v1/fill/w_980,h_347,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/314c9c_e23c7e974ff34bb58907737cc4504825~mv2.png)
Sempena pembukaan permohonan UPU Online 2025 Fasa 1 pada 10 Februari ini, ramai yang bertanya khususnya ibu bapa yang pertama kali memohon untuk anak lepasan SPM serta calon-calon SPM 2024 yang akan memoho ke IPTA/ ILKA pada tahun 2025.
Sebagai panduan, untuk memohon di UPU Online, anda perlukan No Unik ID yang boleh diperolehi melaui pembelian Nombor Pin BSN.
Terdapat 3 kaedah pembelian pin BSN seperti berikut:
1) Pembelian di Mesin ATM BSN (pemegang akaun BSN sahaja)*
2) Pembelian secara dalam talian melalui BSN Internet Banking-myBSN (pemegang akaun BSN sahaja)*
3) Pembelian di kaunter BSN (tidak perlu akaun BSN)
Nota: *Kepada pemohon yang tiada akaun BSN, boleh minta bantuan sahabat atau saudara yang mempunyai akaun BSN untuk pembelian ini.
Mesin ATM BSN (pemegang akaun BSN sahaja)
Sebagai rujukan, boleh lihat video yang disediakan oleh BPKP (kredit BKPA, JPT):
BSN Internet Banking-myBSN (pemegang akaun BSN sahaja)*
Untuk pembelian secara dalam talian, boleh lihat video di bawah (kredit BKPA, JPT):
Pembelian di kaunter BSN (tidak perlu akaun BSN)
Cara Pembelian di Kaunter BSN:
1. Pelanggan hadir ke Cawangan BSN
2. Berikan No KP
3. Maklumkan nama program
-Lepasan SPM
-Lepasan STPM/Setaraf
4. Buat Pembayaran sebanyak RM10.60
5. Terima dan simpan resit No PIN untuk rujukan.
Lihat video di bawah (kredit BKPA, JPT)
SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA!
Untuk panduan permohonan di UPU Online, boleh baca lanjut di sini:
Boleh dapatkan Buku Panduan Lengkap Permohonan UPU Online percuma di sini:
![Buku Panduan UPUOnline 2025](https://static.wixstatic.com/media/314c9c_5799c92bbfd84beca1268102d8a08f51~mv2.png/v1/fill/w_623,h_328,al_c,q_85,enc_auto/314c9c_5799c92bbfd84beca1268102d8a08f51~mv2.png)
Opmerkingen