Penentuan Aliran
Perjalanan seorang pelajar calon SPM sebenarnya bermula seawal Tingkatan 4 berdasarkan pemilihan Pakej Mata Pelajaran yang ditawarkan di sekolah masing-masing. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi para pelajar dan ibu bapa membuat perancangan yang betul dalam menentukan minat pelajar serta menyesuaikan dengan keupayaan serta pemilihan kerjaya yang bersesuaian.
Adalah sangat penting bagi para pelajar dan ibu bapa untuk mengetahui dan memahami aliran pelajar melalui Pakej Mata Pelajaran yang dipilih semasa memasuki Tingkatan 4 sama ada STEM A, STEM B, STEM C atau Pakej Kemanusiaan, Sastera Iktisas.
Pakej mata pelajaran yang dipilih ini akan menentukan kelayakan pelajar apabila selesai SPM dalam membuat pemilihan serta permohonan program pengajian serta bidang di peringkat IPT Awam khususnya melalui UPU.
Atas sebab ini juga, ditekankan sekali lagi kepentingan menentukan bidang kerjaya yang ingin dan diminati pelajar supaya pemilihan pakej mata pelajaran dibuat dengan betul semasa di Tingkatan 4.
Pakej Mata Pelajaran
Berkuatkuasa pada tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan “Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Menengah Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020”.
Berdasarkan pelaksanaan ini, mata pelajaran dikategori dan dibahagikan kepada 3 kumpulan seperti berikut:
Melalui KSSM 2020 ini, terdapat 2 pakej mata pelajaran yang boleh dipilih oleh pelajar seperti berikut:
1) Pakej STEM
A. Mengambil semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan
B. Mengambil mana-mana DUA mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang- kurangnya SATU mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran bukan elektif STEM.
C. Mengambil sekurang-kurangnya DUA mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana SATU Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
2) Pakej Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas
Murid mengambil gabungan mata pelajaran elektif yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas dan/atau SATU mata pelajaran elektif STEM (kecuali MPV).
NOTA:
Pelajar yang mengambil mana-mana DUA mata pelajaran Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi) DIKECUALIKAN daripada mengambil mata pelajaran Teras Sains
Pelajar yang mengambil mata pelajaran Pend. Al-Quran & As-Sunnah dan Pend. Syariah Islamiah ATAU Turath Dirasat Al-Islamiah danTurath Al-Quran Wa Al-Sunnah ATAU Usul Al-Din dan Al-Syariah DIKECUALIKAN daripada mengambil mata pelajaran Teras Pend. Islam.
Pelajar yang mengambil Sains Tambahan tidak dibenarkan mengambil mana-mana mata pelajaran Sains Tulen. Mereka digalakkan untuk mengambil Matematik Tambahan sebagai kombinasi.
Kommentare