Senarai Terkini Biasiswa dan Pembiayaan Pendidikan ke IPT 2024
-----------------------------------------
TERKINI
TM Future Leaders Scholarship 2024
Yayasan TM
=======================
BIASISWA YAYASAN TM
Program Biasiswa Penuh untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Permohonan ambilan ke-2 dibuka hingga
23 September 2024.
SYARAT KELAYAKAN:
Program Dalam Negara
Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
Mendapat sekurang-kurangnya 6 A untuk SPM 2023 atau PNGK 3.3 atau setara untuk keputusan terkini.
Tidak melebihi 23 tahun pada Dis 2024.
Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
BIDANG PENGAJIAN:
Teknologi & Digital
Sains Komputer
Multimedia Kreatif
Kejuruteraan
Pengurusan
IPT YANG DIBIAYAI:
Bagi Lepasan SPM 2023:
Universiti Multimedia (MMU)
Bagi Matrikulasi/Diploma/Pra-Universiti/Asasi/pelajar sedia ada*:
Universiti Multimedia (MMU)
Universiti Awam Tempatan (UM/USM/UPM/UKM/UTM/UUM/UITM/UIA/UPSI/UTEM)
*Baki tempoh pengajian hendaklah sekurang-kurangnya 2 tahun.
Untuk maklumat lanjut & permohonan, layari: Future Leader Scholarship
-----------------------------------------
TERKINI
Yayasan Bank Rakyat
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH (PPBU)
PPBU ditawarkan kepada peringkat pengajian tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda kepada
warganegara Malaysia yang layak. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.
PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Bidang Pengajian Yang Diberi Keutamaan
Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:
Perakaunan
Perbankan
Pengurusan Perniagaan
Sumber Manusia
Ekonomi
Komunikasi Media
Undang-Undang
Sains Aktuari
Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia.
Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
Pemohon mesti memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.
KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR KELUARGA B40.
Jumlah Tajaan
Jumlah tajaan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:- Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM12,000/ 1 tahun
Peratusan Bayaran Balik
CGPA | PERATUS BAYARAN BALIK (%) | INSENTIF (%) |
3.50-4.00 | 0 | 100 |
3.33-3.49 | 10 | 90 |
3.00-3.32 | 20 | 80 |
2.75-2.99 | 50 | 50 |
2.50-2.74 | 70 | 30 |
<2.49 | 100 | 0 |
Proses Permohonan
Semua permohonan dan penyerahan dokumen sokongan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal Yayasan Bank Rakyat http://application.yayasanbankrakyat.com.my/
Tarikh Permohonan: 1 hingga 30 Oktober 2024
Maklumat lanjut :
▪️Hubungi talian 03 – 2612 6443/ 6444 / 0956 (hari bekerja, 9:00 pagi hingga 5:00 petang) atau
▪️e-mel: ppbu@yayasanbankrakyat.com.my
-----------------------------------------
TERKINI
BIASISWA & DERMASISWA
GrabScholar
Yayasan Tunku Abdul Rahman
GoBarakah
Biasiswa penuh universiti
Biasiswa penuh universiti menyediakan sokongan yang berterusan sepanjang perjalanan akademik pemegang biasiswa kami. Antara manfaatnya termasuklah:
Tanggungan penuh yuran pengajian
Elaun sara hidup
Program pembelajaran dan pembangunan
Peluang latihan amali
Siapakah yang boleh memohon Biasiswa Penuh GrabScholar?
Warganegara Malaysia
Sedang menjalani tahun pertama program ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan di Malaysia.
Pemohon yang baru sahaja menamatkan program pra-universiti akan diberikan tawaran bersyarat, tertakluk pada penerimaan tawaran pengajian dari universiti awam tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kursus pengajian hendaklah berkaitan dengan Perniagaan, STEM (bukan perubatan), atau Kelestarian.
Tiada kriteria akademik yang spesifik untuk memohon program biasiswa ini, walau bagaimanapun, calon dikehendaki untuk mengekalkan PNGK (CGPA) 3.0 sepanjang program biasiswa.
Terbuka kepada masyarakat umum, rakan-rakan Grab, dan ahli-ahli keluarga terdekat rakan Grab
Dermasiswa
Dermasiswa menyediakan bantuan sekali bayar kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, yang dapat membantu mereka untuk membeli barangan penting seperti buku dan peralatan sekolah.
Proses Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di pautan: GrabScholar
Tarik Tutup Permohonan: 22 Julai 2024
-----------------------------------------
TERKINI
𝗣𝗜𝗡𝗝𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮 / 𝟮𝟬𝟮𝟰
Yayasan Pelajaran Johor
Permohonan dibuka bermula 1 Julai 2024 sehingga 21 Julai 2024 khusus untuk pelajar DIPLOMA DAN IJAZAH SEPENUH MASA SAHAJA
Terbuka kepada pelajar IPTA DAN Kolej YPJ SAHAJA.
KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR YANG TIADA TAJAAN.
1. SYARAT AM PERMOHONAN
Lahir dan menetap di Negeri Johor;
Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan);
PENTING : Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan perkapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
2. JENIS IPT & TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA
IPTA
Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)
Proses Permohonan
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) pada 1 Julai 2024 bermula jam 10 pagi di laman web YPJ atau boleh klik di pautan http://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/
Tarik Tutup Permohonan: 21 Julai 2024
-----------------------------------------
TERKINI
BPMB Award of Group's Undergraduate Scholarship (BAGUS)
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)
Terbuka kepada semua pelajar-pelajar cemerlang Malaysia, program BAGUS menawarkan peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam disiplin berkaitan perbankan di universiti berprestij di dalam dan luar negara. Untuk layak, pemohon mesti memenuhi kriteria yang disenaraikan di bawah:
Warganegara Malaysia
Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 23 tahun.
Tamat program Prauniversiti/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma dan mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam mana-mana yang berikut:
STPM / A-Level: Minimum 3A
Diploma / Matrikulasi: Purata Nilai Gred Kumulatif Minimum (CGPA) 3.50
Australian Matriculation: ATAR minimum 80%
American Foundation Programme: Skor SAT minimum 1,200
SPM: Minimum 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf.
Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
Keupayaan untuk menunjukkan kualiti dan potensi kepimpinan.
Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.
Pemohon mestilah bukan penerima biasiswa lain atau pembiayaan daripada organisasi/yayasan lain.
Permohonan daripada pelajar sarjana muda tahun 1 juga akan dipertimbangkan.
Penerima biasiswa akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia, meliputi bidang seperti:
Perniagaan (Perakaunan, Perniagaan & Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi)
Kejuruteraan dan Teknologi (Kejuruteraan, Sistem Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sains Komputer, Penganalisis Data)
Kajian Berkaitan Perbankan Lain (Sains Aktuari, Matematik, Perangkaan, Undang-undang, berkaitan Syariah, Sains Politik, Falsafah, Psikologi, dll)
Biasiswa ini meliputi yuran pengajian, sara hidup, dan elaun yang berkaitan.
Setelah berjaya menamatkan program sarjana muda, para graduan akan berpeluang bekerja di BPMB, dengan komitmen perkhidmatan kepada Bank sehingga enam (6) tahun.
Proses Permohonan
Info lanjut dan permohonan: BPMB Award of Group's Undergraduate Scholarship (BAGUS)
Tarik Tutup Permohonan: 15 Julai 2024
-----------------------------------------
TERKINI
𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝘽𝙞𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖 𝙄𝙟𝙖𝙯𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙧𝙩𝙖𝙢𝙖 𝘾𝙖𝙜𝙖𝙢𝙖𝙨
Program ini bertujuan untuk mendekati rakyat Malaysia yang layak yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran.
APA YANG DI TAWARKAN?
Sehingga RM10,000 setahun dalam yuran kursus dan yuran lain termasuk yuran asrama, atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
Sehingga RM2,000 elaun untuk bahan bantu belajar termasuk buku, komputer, alat tulis dan bahan lain setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
Sehingga maksimum RM8,400 elaun setahun atau RM700 sebulan;
Tiada ikatan kepada biasiswa ini dan penerima tidak perlu membayar balik jumlah biasiswa yang diberikan.
Proses Permohonan
Info lanjut dan permohonan: https://scholarship.cagamas.com.my/
Tarik Tutup Permohonan: 26 Julai 2024
-----------------------------------------
TERKINI
PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA 2024
YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP) 2024
MARA
-Untuk Lepasan SPM
Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2023 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.
Proses Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA.
Pembukaan Permohonan
Permohonan kebiasaannya akan mula dibuka selama 15 hari bermula hari pengumuman keputusan SPM pada setiap tahun.
Syarat umum untuk memohon
Syarat – syarat umum permohonan Program YTP seperti di bawah:
Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus warganegara Malaysia
bumiputera.
Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 buat kali pertama.
Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.
Syarat Kelayakan Akademik
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- laluan dalam negara dan
Tujuh (7) A- laluan luar negara bagi keputusan peperiksaan SPM 2023.
Perincian syarat kelayakan penawaran Program YTP boleh dirujuk dalam senarai kursus dan syarat kelayakan program semasa permohonan dibuka.
Info lanjut: YTP MARA 2024
-----------------------------------------
TERKINI
PROGRAM BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA 2024
Ingin menjadi pemegang Biasiswa Bank Negara Malaysia yang seterusnya?
Program Biasiswa Kijang dan Biasiswa Sarjana Muda telah dibuka untuk permohonan.
Biasiswa Kijang 2024
Biasiswa Kijang diberikan kepada individu yang layak untuk mengikuti program pra-universiti di kolej pra-universiti BNM yang diluluskan. Biasiswa ini menyediakan yuran pengajian, elaun sara hidup, serta elaun biasiswa yang berkaitan.
Penajaan untuk mengikuti program sarjana muda adalah tertakluk kepada calon yang memenuhi keperluan ini:
Keputusan peperiksaan yang cemerlang: Minimum 8A (A dan A+ sahaja) untuk peperiksaan SPM
Kualiti kepimpinan, keupayaan kerja berpasukan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
Kemahiran interpersonal yang luar biasa
Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2024
Selepas berjaya menamatkan program sarjana muda, penerima biasiswa perlu memenuhi bon pekerjaan dengan BNM (iaitu nisbah satu tahun pengajian kepada dua tahun perkhidmatan).
Biasiswa Sarjana Muda 2024
Biasiswa Sarjana Muda ditawarkan kepada calon yang layak yang telah menerima tawaran untuk meneruskan atau sedang mengikuti pengajian sarjana muda.
Pemberian biasiswa sarjana muda juga disediakan kepada penerima biasiswa pra-universiti sedia ada, tertakluk kepada memenuhi keperluan BNM:
Keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam mana-mana yang berikut:
A-Level: Minimum 3A
STPM / Diploma / Matrikulasi: Purata Nilai Gred Kumulatif Minimum (CGPA) 3.50
Matrikulasi Australia: ATAR minimum 85%
Program Yayasan Amerika: Skor SAT minimum 1,500
Baccalaureate Antarabangsa (IB): 38
Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian sarjana muda: PNGK semasa minimum 3.50
SPM: Minimum 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
Kualiti kepimpinan yang teguh, keupayaan kerja berpasukan, prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
Kemahiran interpersonal yang luar biasa
Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2024
Mendapat tawaran untuk melanjutkan, atau sedang mengikuti pengajian, peringkat sarjana muda di salah satu senarai universiti yang diluluskan BNM.
Biasiswa ini adalah termasuk yuran pengajian, sara hidup, dan elaun biasiswa yang berkaitan.
Bidang pengajian yang berkaitan: Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-undang dan Sains Komputer.
Selepas berjaya menamatkan program sarjana muda, penerima iasiswa dikehendaki untuk bekerja di BNM dan akan terikat mengikut nisbah satu tahun pengajian kepada dua tahun perkhidmatan.
Info lanjut dan permohonan: Biasiswa BNM 2024
-----------------------------------------
TERKINI
PROGRAM BIASISWA SHELL 2024
MALAYSIA
=======================
Tawaran ini adalah untuk calon Tajaan 2 peringkat: A-level di institusi tempatan dan Sarjana Muda di universiti berprestij di luar negara (tertakluk kepada prestasi skolastik pelajar).
Tajaan penuh termasuk yuran pengajian, yuran peperiksaan, elaun sara hidup, elaun perjalanan dll.
Bidang pengajian:
Kejuruteraan: Mekanikal, Awam, Kimia, Petroleum, Elektrik & Elektronik, Alam Sekitar, Kemampanan
Sains: Geologi, Geosains, Geomatik, Geofizik, Sains Data
Komersial: Perniagaan & Pengurusan, Pemasaran Digital
Kelayakan:
Kemahiran kepimpinan yang kukuh dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan, dsb.
Tidak memegang biasiswa/pinjaman lain pada masa ini
Pencapaian akademik yang kukuh secara konsisten seperti berikut: -Minimum 8A (A/A+) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU -Gred peringkat O yang cemerlang di IGCSE (A*/A)
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda layak bekerja di negara tempat program biasiswa ditawarkan.
Lepasan SPM 2023 atau O-Level 2024
Bersedia untuk mengikuti program A Level di institusi terpilih
Untuk maklumat lanjut, layari: Shell Scholarship 2024
-----------------------------------------
TERKINI
TM Future Leaders Scholarship 2024
Yayasan TM
=======================
BIASISWA YAYASAN TM
Program Biasiswa Penuh untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Permohonan dibuka hingga 3 Jun 2024.
SYARAT KELAYAKAN:
1. Program Luar Negara
Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
Mendapat sekurang-kurangnya 8 A+ untuk SPM 2023.
Tidak melebihi 21 tahun pada Dis 2024.
Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
2. Program Dalam Negara
Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
Mendapat sekurang-kurangnya 6 A untuk SPM 2023 atau PNGK 3.3 atau setara untuk keputusan terkini.
Tidak melebihi 23 tahun pada Dis 2024.
Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
BIDANG PENGAJIAN:
Teknologi & Digital
Sains Komputer
Multimedia Kreatif
Kejuruteraan
Pengurusan
Untuk maklumat lanjut, layari: Future Leader Scholarship
-----------------------------------------
TERKINI
FGV Scholarship Programme 2024
FGV Holdings Berhad
=======================
Program Biasiswa FGV 2024
Permohonan untuk Program Biasiswa FGV kini dibuka!
Kelayakan:
Warganegara Malaysia
18 tahun ke bawah
Lepasan SPM untuk batch 2023 - Min. 8A
Kualiti kepimpinan yang baik melalui pelbagai jawatan kepimpinan dalam pertandingan sekolah, kebangsaan dan/atau global dan/atau acara sukan
Mohon sekarang dan mulakan impian anda dengan FGV untuk masa depan yang cemerlang!
Untuk maklumat lanjut, layari: FGV Scholarship Programme
-----------------------------------------
TERKINI
PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) 2024
=======================
Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP)
(Khusus untuk Lepasan SPM)
Program penajaan untuk pelajar lepasan SPM yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan universiti terkemuka tempatan dan luar negara lain di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, China, Jepun dan Korea Selatan.
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka dari 23 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024
Untuk maklumat lanjut, layari https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS
----------------------------------------------------------------------------
TERKINI
TAWARAN BIASISWA YTN 2024
=======================
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa anak-anak warga kerja dan calon luar yang berminat dan berkelayakan untuk memohon TNB PRIME Scholarship untuk melanjutkan pengajian di Universiti Terkemuka Luar Negara dan UNITEN bagi pengambilan 2024.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana perjalanan pendidikan anda bermula di sini. Mohon sekarang. Tempat adalah terhad.
Permohonan dibuka pada 27 Mei hingga 6 Jun 2024.
Untuk maklumat lanjut, layari https://ytn.tnb.com.my
----------------------------------------------------------------------------
TERKINI
YAYASAN PELAJARAN JOHOR:
PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN SESI 1 / 2024 KINI DIBUKA.
============================
Khusus untuk anak-anak Johor
Permohonan dibuka bermula 19 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024 khusus untuk pelajar SIJIL, DIPLOMA DAN IJAZAH SEPENUH MASA SAHAJA dan terbuka kepada pelajar IPTA, Kolej YPJ & Kolej Komuniti SAHAJA.
Kadar pemberian SBP bermula tahun 2024 diseragamkan bagi semua peringkat iaitu RM500 seorang.
𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍
Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) 19 Mei 2024 bermula jam 10 pagi di laman web YPJ atau boleh klik di pautan https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/
----------------------------------------------------------------------------
TERKINI
BANTUAN KEWANGAN PENDIDIKAN YAYASAN JOHOR CORPORATION
============================
Perhatian kepada para pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti bagi tahun 2024.
Yayasan Johor Corporation ingin menawarkan Bantuan Kewangan Pendidikan kepada pelajar yang layak dan memenuhi kriteria bagi kategori Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
Permohonan secara online boleh dibuat melalui link di bawah :-
Ayuh mohon sekarang. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2024.
****
Attention to SPM, STPM, and Diploma graduates who are planning to pursue higher education at universities for the year 2024.
Yayasan Johor Corporation is offering financial assistance to eligible students who meet the criteria for certificate, diploma, bachelor’s, and master’s degrees.
Submit your application online at
Don’t miss out on this opportunity! The deadline for applications is 31 May 2024. Apply today!
------------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM BIASISWA SARJANA MUDA PIDM
============================
Ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda tetapi mempunyai masalah kewangan?
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) menawarkan Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM yang kini dibuka untuk permohonan!
Manfaat program termasuk:
Pembiayaan yuran pembelajaran dan elaun disediakan
Merangkumi pelbagai bidang pengajian /kursus ijazah sarjana muda
Program mentor dan bimbingan
Latihan praktikal berbayar
Tiada ikatan kontrak
Untuk maklumat lanjut, klik www.pidm.gov.my/biasiswa
Permohonan ditutup pada 26 April 2024, 11.59pm.
Untuk sebarang pertanyaan, hantarkan ke alamat e-mel ss@pidm.gov.my atau hubungi Puan Verrene Chia di talian 03-2303 0467 atau Encik Zulkefli Mohamed Noor di talian 03-2303 0687.
------------------------------------------------------------------------------------------
HEBAHAN PENAJAAN TESP MARA 2024
============================
TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME (TESP)
MARA menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama
bagi pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih
di dalam negara mengikut bidang tertentu.
Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 20 Mac sehingga 01 April 2024.
Info & permohonan di link berikut: https://www.mara.gov.my/tertiary-education-sponsorship.../
------------------------------------------------------------------------------------------
HEBAHAN PENAJAAN STEP MARA: PENGAJIAN DALAM NEGARA 2024
============================
STPM / STAM EXCELLENCE PROGRAMME (STEP) 2024
MARA menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama
bagi pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih
di dalam negara mengikut bidang tertentu.
Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 20 Mac sehingga 01 April 2024.
Info & permohonan di link berikut: https://www.mara.gov.my/en/stpm-stam-excellence-programme-step-2/
------------------------------------------------------------------------------------------
Biasiswa Yayasan YTL
YTL FOUNDATION SCHOLARSHIP PROGRAMME
Tarikh Tutup Permohonan:
30 APRIL 2024
YTL Foundation menawarkan sehingga 30 biasiswa pada setiap tahun khusus untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, A Level dan Asasi yang ingin melanjutkan pengajian tinggi peringkat Sarjana Muda di universiti awam atau swasta.
Info & permohonan di link berikut: https://ytlfoundation.org/applynow/
------------------------------------------------------------------------------------------
Tawaran Biasiswa Gamuda 2024
=====================
Yayasan Gamuda membuka permohonan kepada para pelajar yang layak untuk tawaran biasiswa bagi mengikuti program ijazah pertama dalam dan luar negara
Biasiswa ini meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, yuran penginapan, pembelian buku, elaun komputer riba dan tambang penerbangan (hanya untuk pelajar yang belajar di luar negara).
Tarikh tutup permohonan pada 30 April 2024.
Info lanjut dan permohonan: https://gamuda.com.my/.../yayasan-gamuda/gamuda-scholarship/
------------------------------------------------------------------------------------------
BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2025 (MONBUKAGAKUSHO: MEXT)
SARJANA MUDA , KOLEJ TEKNOLOGI, KOLEJ LATIHAN KHAS
Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan Kerajaan
Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akademik 2025 untuk program Sarjana Muda
(Undergraduate), Kolej Teknologi (KOSEN) dan Kolej Latihan Khas (Specialized Training College) telah dibuka untuk permohonan bermula sekarang. Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2024 jam 4.00 petang.
Untuk info & permohonan, klik di bawah:
------------------------------------------------------------------------------------------
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)
Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Siri 1 Tahun 2024
Tarikh Permohonan:
15 MAC 2024 - 31 MAC 2024
Sila imbas QR CODE tertera untuk semakan syarat permohonan dan pendaftaran.
Segala pertanyaan sila hubungi urusetia di talian: 03-5521 2275/ 03-5544 7484/ 03-5544 7480
------------------------------------------------------------------------------------------
YAYASAN PENDIDIKAN JOHOR: PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA SESI 1/2024
Tarikh Permohonan: 17 - 30 Mac 2024
Khusus untuk pelajar DIPLOMA DAN IJAZAH SEPENUH MASA dan terbuka kepada pelajar IPTA SAHAJA.
Permohonan secara atas talian (online) di laman sesawang YPJ atau boleh klik di pautan http://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ .
KEUTAMAAN PADA YANG TIADA TAJAAN
------------------------------------------------------------------------------------------
Biasiswa Yayasan Sime Darby
Undergraduate Excellence Scholarship 2024
Tarikh Permohonan: 1 hingga 15 Mac 2024.
Yayasan Sime Darby mempelawa pelajar prasiswazah yang berkelayakan bagi kemasukan September 2024 dan pelajar prasiswazah tahun pertama untuk memohon biasiswa kecemerlangan untuk mengikuti di institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia.
Tempoh Bon Perkhidmatan:
3 tahun di Syarikat Sime Darby setelah tamat pengajian.
Maklumat & permohonan: https://www.yayasansimedarby.com/.../scholarship-information
Untuk maklumat lanjut berkaitan lain-lain biasiswa/ scholarship dan lain-lain bantuan pembiayaan pengajian, sila layari laman berikut: https://www.uniassist.my/funding-scholarships
Comments