top of page

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI 2024: RAYUAN PERMOHONAN/ PERTUKARAN DAN PROSES PENDAFTARAN

Updated: Jul 8

Calon lepasan SPM yang telah membuat permohonan untuk pengajian Matrikulasi KPM boleh membuat semakan keputusan permohonan bermula 20 Jun 2024 jam 10 pagi.


semakan keputusan permohonan matrikulasi

SEMAKAN KEPUTUSAN

Calon boleh membuat semakan keputusan melalui laman web KPM seperti berikut: https://matrikulasi.moe.gov.my



TAWARAN DAN PROSES PENDAFTARAN

Apakah yang perlu pelajar lakukan untuk terima tawaran Program Matrikulasi?

Pelajar perlu:

  1. layari https://matrikulasi.moe.gov.my, klik butang setuju terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yangdinyatakan;

  2. membuat pembayaran yuran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan; dan

  3. mendaftar secara dalam talian mengikut kolej masing-masing.

 

 

PENDAFTARAN


pendaftaran matrikulasi

Bagaimana kaedah pendaftaran pelajar baharu Program Matrikulasi?


Pendaftaran pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian mulai bulan Jun 2024 (tertakluk kepada perubahan semasa). Pelajar perlu mendaftar di laman sesawang kolej masing-masing.



Sekiranya anda mengalami masalah untuk mendaftar secara dalam talian, anda boleh menghubungi pihak kolej di talian seperti dibawah: 

Institusi / Alamat

Telefon

E-mel / Laman Web

Kolej Matrikulasi Melaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

06-3832000

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

06-4841825

 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

 04-5756090

 Kolej Matrikulasi PerlisKementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis.

04-9868613

04-9868614 04-9868615

04-9868616

Kolej Matrikulasi Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81735, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan.

087-465311

087-465314

Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor.

06-9781613

Kolej Matrikulasi PerakKementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak.

05-3594449

05-3594600

Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah.

04-9286100

Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang.

09-5495000

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.

04-4682508

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

09-4677103

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.

07-6881629

07-6881630

Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor.

03-31201410

Kolej Matrikulasi Kelantan Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan.

09-7808000

Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.

082-439100

Kolej MARA Kulim Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah.

 

04-4906422

Kolej MARA Kuala Nerang Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah.

04-7867250

04-7867255

 

YURAN

 

Apakah yuran yang perlu dibayar oleh pelajar Program Matrikulasi?

Hanya yuran pendaftaran sahaja yang dikenakan. Kos pengajian dan kos penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan kecuali JPPro perlu membuat pembayaran tambahan untuk pembelian buku dan yuran peperiksaan ACCA.

 

a) Perincian yuran pendaftaran bagi Kolej Matrikulasi adalah seperti berikut:



Nota:

* Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak BSN


** Bayaran tambahan untuk JPPro:

  • Semester I RM600.00 untuk pembelian buku

  • Semester II RM1,690.00 untuk yuran peperiksaan ACCA

 


b) Yuran pendaftaran bagi Kolej MARA adalah tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh pihak MARA dan perincian yuran akan dimaklumkan di dalam surat tawaran.

 

 


RAYUAN

 

RAYUAN UNTUK KEMASUKAN

Calon lepasan SPM yang telah memohon tetapi tidak mendapat sebarang tawaran boleh membuat rayuan untuk kemasukan ke program Matrikulasi.

 

Bilakah pelajar boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi?

Rayuan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan secara rasmi iaitu pada 20-30 Jun 2024.

 

Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan rayuan ke Program Matrikulasi?

Keputusan rayuan boleh disemak melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my. Keputusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.

 

 

RAYUAN PERTUKARAN PROGRAM

Calon yang telah menerima tawaran tetapi ingin mengubah jurusan juga boleh membuat rayuan pertukaran program. Sebagai contoh, pelajar memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan pelajar berjaya ditawarkan Jurusan Sains. Namun sekarang pelajar lebih berminat dengan Jurusan Perakaunan.

 

Apa yang perlu pelajar lakukan?

Permohonan pertukaran jurusan adalah seperti berikut:

  1. Jurusan Sains Sistem Dua Semester (SDS) ke Jurusan Perakaunan: permohonan dibuat kepada Pengarah kolej masing-masing.

  2. Selain daripada Jurusan Sains ke Perakaunan: permohonan dibuat melalui pautan

  3. https://matrikulasi.moe.gov.my pada 20-22 Jun 2024.

  4. Tarikh keputusan rayuan pertukaran jurusan akan dimaklumkan kemudian. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.

  5. Walau bagaimanapun kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan tempat, syarat kelayakan dan merit jurusan yang dipohon.

 

 

PERTUKARAN KOLEJ

Bolehkah pelajar memohon pertukaran kolej?

  1. Tidak. Kecuali memenuhi syarat berikut:  

  2. Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan;

  3. Adik-beradik ditempatkan di kolej matrikulasi yang berlainan; atau

  4. Pertukaran waris pelajar dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.

  5. Semua permohonan rayuan pertukaran kolej boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan.

  6. Tarikh keputusan rayuan pertukaran kolej akan dimaklumkan kemudian. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.

  7. Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan.

 

  

PENANGGUHAN

Bolehkah pelajar menangguh pendaftaran?

Tidak boleh. Kecuali atas masalah kesihatan, kemalangan dan lain-lain dengan merujuk pihak pengurusan kolej yang ditawarkan.

 

Adakah pelajar dibenarkan untuk menangguh pengajian? 

Ya. Pelajar dibenarkan sekiranya mengalami masalah kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan.

  1. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon penangguhan pengajian.

  2. Permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah kolej masing-masing.

 

 

tarikh penting matrikulasi 2024

 



PELUANG PENDIDIKAN DAN KERJAYA LEPASAN MATRIKULASI KPM

 

Bidang yang boleh diceburi di peringkat ijazah pertama bagi setiap jurusan adalah seperti berikut:

 

  1. Jurusan Sains:

    1. Sains Hayat: Perubatan, Pergigian, Optometri, Farmasi, Sains, Kejuruteraan, Pendidikan, Teknologi Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan, Sains Forensik, Sains Kesihatan Bersekutu dan lain-lain.

    2. Sains Fizikal: Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pendidikan, Siber Sekuriti, Bioteknologi, R&D, Artificial Intelligence (Al) dan lain-lain.

    3. Sains Komputer: Teknologi Maklumat, Perubatan, Pergigian, Optometri, Farmasi, Siber Sekuriti, Artificial Intelligence (Al) dan lain-lain.

  2. Jurusan Kejuruteraan: Kejuruteraan Awam/ Mekanikal/ Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Aeronautik, Kejuruteraan Petroleum dan Gas, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Seni Bina dan lain-lain bidang kejuruteraan.

  3. Jurusan Perakaunan: Keusahawanan, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan dan Perbankan, Ekonomi dan Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Risiko dan Insurans, Komunikasi Massa dan lain-lain bidang perakaunan.

  4. Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro): Sijil Profesional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di UiTM, Perakaunan, Perniagaan, Ekonomi dan lain-lain.  

 


Semoga info ini bermanfaat dan membantu pelajar serta ibu bapa dalam memahami proses kemasukan ke program Matrikulasi KPM serta peluang-peluang yang tersedia selepas tamat pengajian.

 

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA!




FB Uni Assist







 <<<------------------------------------------------------------------------------------------>>>


Bacaan berkaitan:



3,302 views

Comments


bottom of page