top of page

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPU ONLINE 2024 UNTUK LEPASAN SPM / STPM & SETARAF SERTA LANGKAH SELANJUTNYA UNTUK KE IPT




Semakan keputusan UPU Online

Kaedah membuat semakan keputusan permohonan UPU Online 2024.


Sepertimana semua sedia maklum, pengumuman tarikh keputusan pemohonan UPU Online bagi lepasan SPM untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA)/ IPTA, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2024/2025 adalah pada 28 Jun 2024, jam 12 tengahari.


Bagi lepasan STPM setaraf, calon-calon boleh mula menyemak keputusan UPU Online untuk kemasukan ke IPTA bermula 6 September 2024.


Bagi memudahkan calon lepasan SPM/ STPM setaraf, di sini dikongsikan kaedah untuk membuat semakan keputusan permohonan UPU Online 2024 serta langkah-langkah penting untuk membuat rayuan serta peluang yang tersedia ke IPT Awam.


TARIKH KEPUTUSAN UPU 2024

MAKLUMAN HEBAHAN KEPUTUSAN UPU ONLINE 2024


CALON KATEGORI SPM SETARAF

Tarikh Penting:

  • Semakan Keputusan: 28 Jun - 7 Julai 2024

  • Pengesahan Terima Tawaran: 29 Jun - 7 Julai 2024

  • Pengeluaran Surat Tawaran oleh IPT: bermula 29 Jun 2024 (selepas pengesahan terima tawaran oleh calon)

  • Tempoh Rayuan (calon tidak terima tawaran): 28 Jun - 7 Julai 2024





CALON KATEGORI STPM SETARAF

Tarikh Penting:

  • Semakan Keputusan: 6 - 15 September 2024

  • Pengesahan Terima Tawaran: 7-15 September 2024

  • Pengeluaran Surat Tawaran oleh IPT: bermula 7 September 2024 (selepas pengesahan terima tawaran oleh calon)

  • Tempoh Rayuan (calon tidak terima tawaran): 6-15 September 2024

  • Pendaftaran Pelajar Baharu: Bermula minggu ke-4 September 2024




SEMAKAN KEPUTUSAN

Sudah tentu buat yang pertama kali membuat permohonan di UPU hendak mengetahui bagaimana semakan keputusan UPU Online boleh dibuat.


Untuk makluman, keputusan permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:


1. Semakan di portal rasmi UPU Online di pautan: https://upu.mohe.gov.my


atau melalui pautan alternatif universiti awam yang disediakan seperti berikut:

(boleh klik mana-mana pautan untuk semakan)


Klik Kategori "Lepasan SPM" atau "Lepasan STPM"

Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik "Masuk"

paparan semakan upu1
paparan semakan upu2


2. Semakan melalui Aplikasi UPUPocket

semakan keputusan UPU Pocket

Selain Portal di atas, pemohon juga boleh membuat semakan keputusan melalui Aplikasi UPUPocket. Kepada yang belum mempunyai aplikasi UPUPocket boleh muat turun aplikasi tersebut ke peranti pintar anda melalui Google Play Store atau Apple AppStore.


Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi:-



APA SETERUSNYA?

Kepada calon yang mendapat tawaran khususnya program pilihan utama mereka, diucapkan tahniah kerana anda telah pun memenangi persaingan khususnya untuk program-program popular dengan merit yang tinggi tersebut.

keputusan UPU Online

Pengesahan Menerima Tawaran

Klik pada pautan universiti yang tertera pada paparan tawaran untuk membuat "Pengesahan Setuju Terima Tawaran".


Tempoh setuju terima tawaran adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan oleh IPTA/ ILKA berkenaan 1 hari selepas hebahan rasmi keputusan permohonan di UPU Online.



Saya terlupa untuk membuat pengesahan setuju terima tawaran di laman sesawang universiti selepas tempoh yang telah ditetapkan. Bagaimanakah status tawaran tersebut, adakah masih sah?

Anda dikira menolak tawaran sekiranya gagal membuat pengesahan setuju terima tawaran tersebut dalam tempoh yang dinyatakan.


Saya mendapat tawaran melalui BKPA, JPT tetapi tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk menukar kursus lain?

Tawaran adalah muktamad. Pemohon yang telah Berjaya mendapat tawaran ke IPTA, IPG, Matrikulasi dan ILKA melalui UPU Online tidak dibenarkan untuk memohon sebarang pertukaran kursus yang lain.



Bagaimana jika TIDAK MENDAPAT TAWARAN melalui UPU Online?


Permohonan Rayuan

Bagi pemohon yang gagal mendapat sebarang tawaran daripada UPU Online, BKPA akan membuka peluang untuk pemohon membuat rayuan iaitu dalam tempoh 10 hari daripada tarikh keputusan diumumkan.



Pemohon yang telah mendapat tawaran tetapi menolak tawaran atau pemohon yang ingin membuat pertukaran program yang ditawarkan adalah tidak dibenarkan untuk membuat rayuan.



Kriteria pemohon yang boleh membuat rayuan


Kategori SPM/ setaraf:

Hanya calon daripada kriteria berikut sahaja layak membuat rayuan:

  • Pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran; atau

  • Pemohon yang mendapat tawaran pengajian sijil.


Kategori STPM/ setaraf:

Hanya calon daripada kriteria berikut sahaja layak membuat rayuan:

  • Pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran



Kaedah permohonan rayuan

  • Rayuan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik hanya melalui UPU Online.

  • Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Latihan (ILKA) boleh dimajukan terus kepada institusi terbabit tanpa melalui UPU Online.


*BACA LANJUT:




Bagaimana jika mendapat tawaran di UPU tetapi bukan program yang anda inginkan?


Peluang kedua ke Universiti Awam melalui Saluran Terus

Saluran Terus Universiti Awam

Seperti yang dimaklumkan di atas, pelajar yang telah mendapat tawaran tiada lagi pilihan untuk membuat rayuan bagi mendapat program yang diminati atau yang disasarkan di UA/ IPTA kecuali jika anda ditawarkan program sijil sahaja.


Buat makluman pelajar lepasan SPM dan setaraf, anda masih berpeluang untuk mengikuti program pilihan anda di Universiti Awam.



Peluang kedua anda adalah untuk melihat sama

Saluran terus Sarjana Muda UTM UTeM 2024

ada program yang anda minati tersebut ada ditawarkan oleh Universiti Awam melalui Saluran Terus.


Boleh baca di sini untuk info dan senarai program yang ditawarkan: DIRECT INTAKE 2024: SALURAN TERUS KE UNIVERSITI AWAM


Bagi program Asasi dan Diploma IIUM, UTM dan UMPSA yang ditawarkan untuk Sesi Akademik 2024/2025 boleh dapatkan info di pautan ini: Asasi/Diploma 2024.


Bagi program Sarjana Muda UTM dan UTeM yang ditawarkan untuk Sesi Akademik 2024/2025 boleh dapatkan info di pautan ini: Sarjana Muda 2024.




Peluang Pengajian Program Pilihan di IPTS

Pilihan IPTS

Pada masa ini, terdapat pelbagai peluang serta bidang pengajian yang ditawarkan oleh IPTS.



Walau pun yuran pengajiannya agak tinggi berbanding IPT Awam, kebanyakan IPTS juga ada menawarkan peluang pembiayaan pengajian atau biasiswa dan pelajar juga boleh mendapatkan pembiayaan pendidikan PTPTN dengan kadar yang lebih tinggi berbanding IPT Awam.


IPTS ini juga ada yang dikategorikan sebagai milik Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Universities) seperti Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Multimedia University (MMU).


Selain itu terdapat juga IPTS di bawah MARA seperti Universiti Poly-Tech Malaysia-UPTM yang turut menawarkan peluang penajaan daripada MARA.


Boleh juga lihat beberapa lagi IPTS yang menawarkan pelbagai pilihan program yang membuka peluang prospek kerjaya yang sangat baik sebagai pilihan pelajar. (baca di sini)



Portal Kemasukan Universiti Berpusat

Dapatkan info universiti dan program pilihan anda di Portal Kemasukan Universiti Berpusat.

 

Peluang untuk pelajar mengikuti program-program kompetitif di universiti awam dan swasta terpilih.




Laluan ke Bidang Kemahiran TVET

Selain laluan akademik, pelajar juga perlu memberi perhatian serius kepada laluan kemahiran khususnya "Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)".


TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri dan bertujuan menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Program TVET ini adalah berdasarkan kepada standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal dan pendedahan kepada latihan di industri.


TVET Malaysia

"Pada Mei 2024, kerajaan mengumumkan bahawa kadar kebolehpasaran graduan TVET kini mencapai 98.5% dengan baki 1.5% sedang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi."



Kadar kebolehpasaran ini adalah bukti keberkesanan program TVET dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi serta memberikan prospek kerjaya yang terbaik pada masa akan datang. Ini adalah kerana lulusan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik serta berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.



graduan TVET

KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET 2023 (TIDAK TERMASUK MTUN)



Agensi dan intitusi yang terlibat dengan TVET?

Kini lebih daripada 500 institusi TVET awam yang menawarkan pelbagai program TVET bagi semua peringkat pendidikan.


Sebagai contoh, peluang dan laluan pengajian TVET di bawah MARA adalah seperti berikut:

1. GIATMARA ➡️ IKM/ KKTM/ GMI ➡️ UniKL

2. IKM ➡️ KKTM/ GMI ➡️ UniKL

3. IKM/ KKTM/ GMI ➡️ UniKL

Lebih menarik, lepasan dan graduan GIATMARA, IKM, KKTM, GMI dan UniKL berpeluang menyertai program khas On the Job Traning (OJT) selama tiga tahun di Jepun bawah Program Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA.


Lepasan SPM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi. Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Boleh dapatkan info TVET selanjutnya di sini.




PEMBIAYAAN PENDIDIKAN/ BIASISWA YANG DITAWARKAN TAHUN 2024

Tajaan dan biasiswa 2024

Pelajar dan ibu bapa boleh mendapatkan info berkaitan peluang pembiayaan pendidikan atau biasiswa oleh agensi kerajaan dan swasta untuk menampung pengajian di IPT. Boleh baca lanjut di: https://www.uniassist.my/post/permohonan-biasiswa-scholarship-2024


Semak syarat kelayakan dan bidang pengajian bagi setiap tawaran tajaan biasiswa terkini.



RUMUSAN

 Ingatlah "Apa yang anda pilih sekarang menentukan laluan masa depan anda". Pilih dengan bijak dan buat pilihan tepat. Pastikan betul-betul minat dan kecenderungan anda serta sesuai dengan kemampuan dan kelayakan. Bincang dengan ibu bapa, guru dan kaunselor pendidikan untuk tetapkan pilihan anda. Semoga berjaya semuanya dan selamat melangkah ke alam baharu selepas alam persekolahan.


Semoga info ini bermanfaat sebagai persediaan akhir pelajar ke IPT. Selamat Maju Jaya dan semoga semuanya mencapai kecemerlangan.



FB Uni Assist






 <<<------------------------------------------------------------------------------------------>>>


Bacaan berkaitan:

Comments


bottom of page