MEMAHAMI KEPENTINGAN MERIT
Dalam proses penempatan, kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak, tanpa mengira kaum, agama, jantina, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.
Prinsip meritokrasi tersebut adalah berasaskan pencapaian akademik (90%) dan pencapaian kokurikulum (10%).
Sehubungan itu, pelajar dinasihatkan untuk mengambil sembilan (9) atau sekurang-kurangnya lapan (8) Mata Pelajaran (MP) dalam peperiksaan SPM (4 MP Universal, 2 MP Pakej dan 2 lain2 MP terbaik) bagi meningkatkan peluang apabila memohon ke IPT khususnya melalui UPUOnline.
Ini kerana selain syarat minimum tersebut, para pelajar perlu bersaing dari segi pengiraan merit yang memerlukan pencapaian gred yang baik untuk dipilih mengikut keperluan program khususnya program-program dalam bidang kompetitif.
PENTINGNYA MERIT DALAM PERMOHONAN DI UPU ONLINE
MEMAHAMI SYARAT PEMILIHAN KE IPTA
Kejayaan mendapat tempat ke IPTA adalah bergantung kepada markah merit selain memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian, perakuan temu duga dan/atau ujian bagi yang memerlukan syarat berkenaan, kekosongan tempat dan keutamaan pilihan.
Ini bermaksud, walaupun seseorang calon telah memenuhi syarat am dan khas program yang ingin dimohon, peluang penawaran adalah bergantung kepada markah merit. Lebih tinggi markah merit calon, maka lebih tinggilah peluang untuk ditawarkan program tersebut.
Bagi program-program kompetitif seperti perubatan, undang-undang, farmasi atau kejuruteraan, purata merit adalah sangat tinggi. Sehubungan itu adalah amat penting untuk pelajar mengetahui dengan membuat semakan merit UPU Online bagi tujuan meningkatkan peluang untuk mendapat tawaran program.
CONTOH MERIT UNTUK PERMOHONAN PROGRAM
Bagi memudahkan pelajar memahami kepentingan pencapaian merit ini untuk permohonan program di UPU Online, rujuk contoh di bawah bagi bidang perubatan:
Bidang Perubatan
Bagi program Asasi Sains Hayat atau Asasi Perubatan, purata merit iaitu mata merit yang berjaya ditawarkan program pada tahun-tahun sebelumnya adalah di antara 80.41 hingga 94.73 bergantung kepada IPT yang menawarkannya. Manakala di peringkat Sarjana Muda pula, purata merit bagi bidang perubatan ini adalah di antara 96.99 hingga 99.89.
Sehubungan itu, bagi memperoleh mata merit minimum untuk memohon Asasi Sains Hayat iaitu
80.41%, dengan mengambil kira pelajar memperoleh markah penuh ko-kurikulum iaitu 10 peratus maka pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya pencapaian gred mata pelajaran seperti contoh di bawah:
SEMAKAN MARKAH MERIT
Sebagai panduan untuk mengetahui mata merit bagi setiap bidang pengajian di UPU Online, pelajar boleh ke pautan berikut: https://www.uniassist.my/merit-upu
Comments