Dalam keghairahan kita membuat pilihan program, tanpa sedar kita telah terlepas satu faktor penting dalam memilih laluan pengajian iaitu berapa lama masa yang akan dilalui oleh pelajar untuk menyelesaikan keseluruhan pengajian.
Tempoh pengajian yang lebih pendek bukan sahaja dapat menjimatkan masa pengajian malah akan mengurangkan kos yang terlibat sepanjang pengajian termasuklah yuran pengajian, penginapan dan sara diri pelajar.
Sehubungan itu, membuat perancangan awal laluan akademik adalah amat penting dan salah satu faktor utama ialah untuk mengetahui laluan manakah yang boleh mempercepatkan perjalanan akademik pelajar untuk mula masuk ke pasaran kerja.
Untuk itu juga, adalah amat penting untuk mengetahui jumlah jam kredit yang perlu diselesaikan oleh seseorang pelajar serta tempoh pengajian bagi setiap tahap program pengajian yang berbeza-beza. Ini akan dapat membantu pelajar membuat pilihan program akademik yang sesuai dengan kelayakan masing-masing dan seterusnya membuat perancangan yang efektif untuk laluan kerjaya.
Tahap Pengajian dan Tempoh Pengajian Lazim
Berdasarkan Jadual di atas, laluan pelajar untuk lepasan SPM untuk memasuki pasaran kerja iaitu selepas menamatkan program di peringkat Sarjana Muda adalah melalui laluan program Asasi iaitu dalam tempoh 4 tahun.
Perbandingan laluan lepasan SPM untuk menamatkan Sarjana Muda (dengan mengambilkira tempoh lazim paling singkat):
Asasi (1 tahun) + Sarjana Muda (3 tahun)= 4 tahun
Matrikulasi (1 tahun) + Sarjana Muda (3 tahun)= 4 tahun
Matrikulasi (2 tahun) + Sarjana Muda (3 tahun)= 5 tahun
STPM (1.5 tahun) + Sarjana Muda (3 tahun)= 4.5 tahun
Diploma (2 tahun) + Sarjana Muda (3 tahun)= 5 tahun
Pra Diploma (6 bulan) + Diploma (2 tahun) + Sarjana Muda (3 tahun)= 5.5 tahun
Sijil (1 tahun) + Diploma (2 tahun) + Sarjana Muda (3 tahun)= 6 tahun
Nota:
Anggaran tempoh di atas adalah dengan mengambil kira tempoh minimum untuk setiap tahap program tersebut.
Tempoh Sarjana Muda bagi lepasan Diploma akan lebih singkat tertakluk kepada bilangan kursus yang boleh dipindah kredit.
Berdasarkan info ini, diharapkan para pelajar dan ibu bapa dapat jadikan panduan serta membuat perancangan yang bersesuaian dengan pencapaian pelajar di peringkat SPM.
Comments