top of page
fairusuniassist

Wajib Baca: Tips Penting untuk Pelajar SPM/STPM memilih program di UPU Online

Updated: May 27


Para pelajar diberi peluang untuk menyenaraikan 12 program pilihan di UPU Online. Sehubungan itu, adalah penting pemilihan program ini dibuat dengan cara yang betul untuk meningkatkan peluang mendapat tawaran tempat pengajian di IPTA. Kebanyakan pemohon yang gagal mendapat tawaran adalah disebabkan kegagalan dalam membuat pilihan dengan cara yang betul.


Beri perhatian kepada Tips berikut:


1. Kenal pasti bidang pilihan yang diminati.

Sepertimana dimaklumkan pada awal buku panduan ini, adalah sangat penting untuk para pelajar mengenal pasti dan menetapkan bidang yang anda minati. Senaraikan pilihan bidang yang diminati dan susun mengikut tahap minat.

Contoh:









2. Semak Syarat Kelayakan Program

Pastikan anda memenuhi syarat minimum yang ditetapkan bagi program yang dipilih. Untuk lepasan SPM/ STPM tahun semasa, sistem UPU Online hanya akan menyenaraikan program yang anda layak untuk mohon sahaja.



3. Semak Purata Merit

Para pelajar boleh membuat kiraan pencapaian merit melalui Kalkulator Merit di UPU Pocket. Sebelum membuat pilihan, adalah amat penting untuk membuat semakan purata merit bagi bidang yang ingin dipohon dan bandingkan dengan pencapaian merit pelajar sendiri. Jika merit pelajar lebih rendah daripada purata merit bidang yang ingin dipohon maka peluang untuk ditawarkan tempat bagi bidang tersebut adalah rendah memandangkan pelajar perlu bersaing dengan pemohon lain yang memperoleh merit lebih tinggi.


Contoh Purata Merit Mengikut Bidang Pengajian dan Program


4. Membuat Pilihan Program

Setiap pemohon diberi peluang untuk menyenaraikan 12 program mengikut pilihan masing-masing dan sistem akan membuat semakan susunan Markah Merit berdasarkan 3 kriteria utama iaitu Syarat Kelayakan, Kekosongan Tempat dan Keputusan Ujian/Temuduga (bagi program bertemuduga sahaja).


Dalam keadaan di mana pelajar mencapai tahap minimum atau melebihi purata merit bidang pilihan, pecahkan 12 pilihan program di UPU Online kepada 3 atau 4 bidang teratas dengan pilihan di beberapa pilihan IPTA yang menawarkan program dalam bidang tersebut seperti disenaraikan mengikut syarat kelayakan.


Contoh:

Para pelajar diingatkan bahawa Pilihan 1 adalah sangat penting.


Sehubungan itu:


  1. Pelajar perlu meletakkan program yang dirasakan paling berpotensi berdasarkan syarat kelayakan dan pencapaian merit untuk anda mendapat tawaran.

  2. Jika purata merit anda lebih rendah daripada purata merit program di universiti pertama pilihan anda, peluang untuk mendapat tawaran adalah rendah kerana ramai pemohon yang memperoleh purata merit lebih tinggi yang akan memohon program dan universiti tersebut.

  3. Oleh itu letak pilihan pertama di universiti di mana purata merit lebih rendah walaupun ianya bukan universiti pilihan pertama anda untuk meningkatkan peluang mendapat tawaran. Pada pandangan saya, mendapat tawaran program pilihan yang diminati adalah jauh lebih penting daripada pilihan universiti.

  4. Bagi pelajar yang berminat memohon program bertemuduga/ ujian, pastikan permohonan dibuat semasa Fasa 1 dan program-program tersebut diletakkan dalam senarai 1 hingga 4. Bagi program pengajian bertemuduga (bidang Pendidikan) letakkan pada Pilihan 1 hingga 2 sahaja. Untuk Permohonan Fasa 2, program bertemuduga/ ujian ini tiada lagi dalam senarai program yang boleh dipilih.



Rumusan

Semoga Tips ini dapat membantu pelajar membuat pilihan program dengan betul dan memaksimumkan peluang untuk mendapat tawaran program pilihan.



2,125 views

Commentaires


bottom of page