Latar Belakang
Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kemasukan pelajar ke universiti, masih terdapat ramai pelajar serta ibu bapa yang masih kurang memahami serta kurang maklumat berkenaan perjalanan dan laluan akademik para pelajar selepas menamatkan SPM. Ini menyebabkan sebahagian pelajar gagal mendapat tawaran melalui sistem permohonan berpusat UPUOnline bahkan terdapat pelajar yang mendapat tawaran program yang bukan mereka minati.
Sehubungan itu, setiap pelajar perlu membuat persediaan awal dalam mengenal pasti minat dan kecenderungan mereka serta membuat keputusan serta pilihan pengajian mengikut kaedah yang betul bagi mengelakkan kekecewaan pada masa hadapan.
Melalui seminar ini juga, pelajar akan diberikan motivasi supaya mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang tertinggi untuk prospek kerjaya dan masa depan yang lebih terjamin.
Objektif Program
Penganjuran STeP2025 adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan khususnya kepada calon SPM 2024 untuk melanjutkan pengajian di IPT pada tahun 2025. Para peserta akan memperoleh pengetahuan dan panduan terperinci melalui perkongsian ilmu dan maklumat daripada Perunding Akademik dan tenaga pengajar yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan kemasukan pelajar ke IPT.
Melalui program ini, para pelajar akan dapat:
-
Mengetahui dan mengenal pasti laluan Pendidikan tinggi selepas SPM 2024 meliputi Asasi/ Matrikulasi/STPM/ Sijil/ Pra Diploma/ Diploma & PISMP;
-
Mengenal pasti jenis-jenis institusi pengajian tinggi (IPT) awam & swasta dan program yang ditawarkan;
-
Mengetahui sumber-sumber pembiayaan pengajian tinggi;
-
Membuat Pemilihan Bidang Pengajian dengan tepat dengan Prospek Kerjaya;
-
Memahami proses permohonan ke IPT awam melalui UPUOnline;
-
Memantapkan diri dengan aspek kerohanian, semangat dan keazaman untuk cemerlang dalam SPM 2024.
Lokasi
Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh
16 November 2024, Sabtu.
Sasaran Peserta
Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2024 (terhad kepada 500 peserta terawal).
*Ibu bapa pelajar juga dijemput untuk sesi penerangan IPT pada sesi pagi serta lawatan ke reruai IPT dan agensi berkaitan pendidikan/ pembiayaan yang mengambil bahagian.
Yuran Penyertaan
Penyertaan pelajar adalah secara percuma.
PENYERTAAN PAMERAN IPT
IPT yang berminat untuk menyertai ruang pameran dan sesi taklimat boleh membuat tempahan sekarang!
PERMOHONAN PENYERTAAN
STeP2025
Sila lengkapkan butiran di bawah.
Maklumat anda telah dihantar.
Terima kasih