top of page
image.png

TESP MARA 2024

Peluang Mengikuti Pengajian Kompetitif melalui Pembiayaan TESP

SESI AKADEMIK

2024/2025

image.png

Terbuka kepada pemohon Bumiputera Malaysia dengan  kelayakan seperti di bawah:​

  • Asasi

  • Matrikulasi

  • STPM

  • STAM

  • Program Persediaan

  • Diploma

  • A-Level

  • International Baccalaureate (IB)

Pinjaman
Pelajaran TESP

Syarat Umum TESP

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.

  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah minimum 17 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

Kelayakan Status Sosioekonomi (SES) Keluarga

Kategori

Kelayakan Pendapatan Bulanan

Pendapatan Bercukai Tahunan

Yuran & Elaun-elaun lain

RM12,000 dan ke bawah 

RM150,000 dan ke bawah

Yuran sahaja

RM12,001 hingga RM20,000

RM150,001 hingga RM250,000

Nota:

Pengecualian syarat SES adalah bagi pengajian dalam bidang Perubatan dan Pergigian sahaja.

Kelayakan Akademik

Asasi / Matrikulasi / STPM/  STAM/ Persediaan / Diploma

Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA > 3.00

_

A Level

Memperolehi sekurang-kurangnya 6 mata dalam 3 subjek termasuk subjek Matematik sekurang-kurangnya Gred C

International Baccalaureate (IB)

Memperolehi sekurang-kurangnya 24 mata termasuk Matematik sekurang-kurangnya 4 mataa.

DAN telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun (12 bulan) dari tarikh permohonan dibuat TIDAK termasuk semester terkini/semasa.

image_edited_edited.jpg

Skop Pembiayaan

Pinjaman pelajaran di bawah Program TESP ini merangkumi:

 

  • Yuran Pengajian
     

  • Elaun Sara Hidup (ESH) 
     

  • Elaun-elaun lain 
    (Kadar elaun adalah tertakluk pada Status Sosioekonomi (SES) keluarga pelajar)

     

  • Elaun Pengangkutan
    ​ (pergi dan balik sekali sepanjang pengajian) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung 

Kadar Pengurangan Pinjaman MARA berdasarkan CGPA*

◾3.5 - 4.0   - Bayaran balik 10% daripada jumlah pinjaman

◾3.0 - 3.49 - Bayaran balik 15% daripada jumlah pinjaman

◾2.0 - 2.99 - Bayaran balik 20% daripada jumlah pinjaman

*Tertakluk kepada perubahan

Kadar Bayaran Balik

Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi/ STPM/ STAM/ Diploma dan A Level yang telah memulakan atau sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara mengikut bidang tertentu.

TESP Process Flow (1).png

Mulakan Langkah Pertama Anda!

1

Latar Belakang Universiti & Kemudahan

Mahsa campus.png
image.png

MAHSA (Malaysian Allied Health Sciences Academy / Akademi Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia) telah ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Senator Profesor Tan Sri Dr. Hj. Mohamed Haniffa yang merupakan seorang pengamal perubatan klinikal yang terkenal.

Universiti MAHSA telah berkembang menjadi sebuah institusi pengajian tinggi Malaysia yang komprehensif serta menawarkan program dalam pelbagai bidang, termasuk Perubatan, Biosains, Pergigian, Farmasi, Sains Kesihatan, Kejururawatan, Perniagaan, Kewangan, Pengurusan Hospitaliti, Teknologi Maklumat, dan Kejuruteraan.

 

Program-program ini ditawarkan di peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana, dan Kedoktoran dengan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Universiti MAHSA kini mempunyai latar belakang pelajar yang pelbagai dari 75 negara termasuk dari Asia, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada.

image.png

Kampus Universiti Mahsa Saujana Putra dilengkapi pelbagai kemudahan moden bagi penawaran program peringkat sarjana muda dan pascasiswazah. Kedudukan strategik kampus ini menyediakan pelajar akses kepada kedua-dua sumber akademik dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. 

image.png

Program Sarjana Muda (Tajaan TESP)

image_edited.jpg

Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan (MBBS)

image_edited_edited_edited_edited.jpg

Doktor Pembedahan Pergigian

image_edited_edited.jpg

Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)

mahsa (3)_edited.jpg

Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kewangan Islam

image.png

Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejururawatan

image.png

Sarjana Muda Sains Bioperubatan (Kepujian)

image.png

Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian)

Semak Syarat Kelayakan

Semak Syarat Kelayakan program pilihan anda

Syarat Kemasukan

KHIDMAT KEMASUKAN

Khidmat Sokongan Permohonan Percuma oleh Uni Assist

web icon_edited.png
Filling Out a Form

Sila isi butiran di bawah untuk maklumat lanjut dan khidmat sokongan proses kemasukan.

(Pilihan)

Anda boleh memuat naik salinan kelayakan anda untuk menyemak kelayakan bagi program yang dipilih

Pilih format. (Saiz maks: 5MB)

PDF
JPEG

Maklumat anda telah dihantar.
Terima kasih

bottom of page