top of page
Yayasan Negeri- Bantuan Pendidikan (Education Funding)

Scholarships, Education Loans & Financial Assistance

State Government and Agencies

MAIK

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK

Program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam/swasta. Sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di Dalam Negara sahaja.

 

Pembiayaan meliputi:

  • Sijil Kemahiran

  • Diploma

  • Sarjana Muda

YAKIN

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)

Pinjaman Pelajaran YAKIN

Menawarkan Pinjaman Pelajaran bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

  • Warganegara Malaysia peranakan Kelantan (rakyat Kelantan) dan yang bermastautin di Negeri Kelantan.

  • Telah mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sama ada diploma atau ijazah.

  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran (SPM).

  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

  • Pelajar-pelajar IPTA yang berada di tahun 2, 3 dan 4 semasa memohon hanya boleh dipertimbangkan sekiranya mereka memperolehi keputusan CGPA 2.5 ke atas atau yang setaraf dengannya.

  • Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon.

MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT

Membantu pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan

yayasan perak

Yayasan Perak

Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam Dan Luar Negara

Sebelum ini dikenali sebagai ‘DERMASISWA YAYASAN PERAK’. Bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:-

a) Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau

b) Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak

 

Pembiayaan meliputi:

  • Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional): RM300.00

  • Diploma: RM500.00

  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,000.00

  • Ijazah Sarjana (Master): RM1,500.00

  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD): RM2,000.00

Yayasan Pahang

Yayasan Pahang

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini diperkenalkan sejak tahun 1998 dan ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran

Yayasan Pahang

Yayasan Pahang

Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah

Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2000. Skim ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dan bayaran dibuat secara one-off.

 

tawaran yang melibatkan peringkat sijil hingga Ijazah Sarjana Muda dikenali sebagai Geran Pra Siswazah dan peringkat Sarjana serta Kedoktoran dikenali sebagai Geran Pasca Siswazah.

yayasan sarawak

Yayasan Sarawak

Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)

Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti kursus dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.

 

Syarat 

  • Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya kelahiran Sarawak).

  • Pelajar Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS terpilih di dalam negara dengan CGPA 3.0 ke atas. (Pengajian Sepenuh Masa)

  • Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan sahaja. (Pengajian Sepenuh Masa)

yayasan sarawak

Yayasan Sarawak

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)

Menyediakan biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus bukan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.

Mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda di universiti tempatan sahaja. (Pengajian Sepenuh Masa)

Mengikuti pengajian peringkat Sarjana /PhD di dalam dan luar negara. (Pengajian Sepenuh Masa)

 

Syarat 

  • Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya kelahiran Sarawak).

  • Pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM.

  • Memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Diploma / Matrikulasi / A-Level dan Ijazah Sarjana Muda.

yayasan sarawak

Yayasan Sarawak

Biasiswa Pinjaman Pelajaran Dalam Negara

Biasiswa Pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta Tempatan dengan keutamaan diberikan kepada IPTS milik Yayasan Sarawak atau Kerajaan Negeri Sarawak.

 

Syarat 

  • Permohonan di buka sepanjang tahun.

  • Anak jati Sarawak iaitu salah seorang ibu atau bapa orang Sarawak.

  • Pengajian sepenuh masa dan tidak mempunyai penaja.

  • Mengemukakan surat tawaran pinjaman PTPTN dan struktur yuran pengajian bagi memohon ‘Top-up’ untuk yuran pengajian sahaja.

  • Dua (2) orang penjamin yang mempunyai pekerjaan tetap dan umur tidak melebihi 60 tahun.

  • Bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian.

kerajaan sabah.jpg

Kerajaan Negeri  Sabah

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Kerajaan Negeri Sabah mempelawa pemohon berkelayakan untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana bagi sesi pengajian tahun 2023. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah menaja pelajar yang telah mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan yang sedang dalam pengajian berdasarkan bidang kursus yang telah diiklankan sahaja.

 

Syarat utama permohonan ialah pemohon hendaklah warganegara Malaysia yang berasal

dan bermastautin di Sabah dan salah seorang ibu dan bapa pemohon berasal dan dilahirkan

di Sabah.

Yayasan sabah.jpg

Kumpulan Yayasan Sabah

Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)

Kumpulan Yayasan Sabah mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Pengajian Tinggi untuk mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi / Pra / Asasi / 'A'Level/ Diploma.

Tempat Pengajian : Dalam Negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar (TTP)

 

Kriteria pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah; atau

  2. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah; atau

  3. Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah.

*Keutamaan diberikan kepada mereka yang berasal dan menetap di negeri Sabah.

Yayasan Terengganu

Yayasan Terengganu

Skim Pinjaman Pelajaran Top- Up IPTA

Skim Pinjaman Top-up diperkenalkan bagi membantu  pelajar di IPTA yang telah mendapat pinjaman PTPTN pada kadar bukan penuh (kurang dari 75% ) dan tidak mencukupi bagi pembiayaan yuran pengajian dan sara hidup. Kadar Pinjaman yang diluluskan bergantung  kepada perbezaan minimum amaun pinjaman yang diberi dan kadar penuh PTPTN. Pinjaman hanya dipertimbangkan mengikut baki tempoh pengajian yang masih ada pada kadar yang telah ditetapkan. Pembiayaan adalah dalam  bentuk pinjaman sepenuhnya dan tidak layak dipertimbangkan untuk mana-mana skim penghapusan/pengurangan bayaran balik.

Telah/sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah/Diploma di IPTA

 

  • Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.

  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.

  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.

Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40)

Yayasan Selangor

Yayasan Selangor

Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.

terbuka bagi pengajian peringkat Ijazah / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan SEPENUH MASA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Kerajaan Negeri Kedah

Kerajaan Negeri Kedah

Pinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK)

Pinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan

bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Zakat Kedah

Biasiswa Pendidikan LZNK IPTA

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakkan untuk memohon Biasiswa Pendidikan LZNK bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara.

peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),

Malaysia

 

  • Pemohon mestilah beragama Islam.

  • Pemohon sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah sekurangkurangnya dua (2) Tahun

  • Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin

  • Semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja

Yayasan Pelajaran Johor

Yayasan Pelajaran Johor

Skim Bantuan Pendaftaran

Bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian

Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor;

Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA

Yayasan Pelajaran Johor

Yayasan Pelajaran Johor

Pinjaman Pelajaran Dalam Negara

Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan). Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan perkapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima.

Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)

 

  • Lahir dan menetap di Negeri Johor;

  • Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;

  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

  • Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);

  • Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;

Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan);

Kerajaan Negeri Melaka

TAPEM

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)- Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (IPTA)

Pinjaman untuk pengajian tinggi

Ijazah:

Sains/Perubatan/Kejuruteraan

Sastera/Ikhtisas/Peng. Islam

 

Diploma: Semua Bidang

 

  • Pemohon lahir di Negeri Melaka dan

  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan

  • Menetap di dalam Negeri Melaka dan

  • Pengundi di Negeri Melaka

Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang tersenarai dalam tajaan Tabung Amanah PendidikanNegeri Melaka (TAPEM) sahaja.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Pulau Pinang

Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA)

Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi

Kemasukan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

 

  • Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00. (Gaji Pokok Sahaja).

Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Pulau Pinang

Pinjaman Pendidikan

Pinjaman Pendidikan Tinggi untuk warganegara Malaysia yang dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.

Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.

bottom of page